Saturday, December 18, 2010

Kanda Dinda



Love this song sooooo much !!!

OST untuk drama bersiri 8 bulan... lakonan suami isteri Rashidi & Vanida Imran...

Thursday, November 4, 2010

Susulan Daripada Cadangan Perlantikan Saya Sebagai Setiausaha Majlis Reunion Batch 87-92

Sebagai seorang anak kepada pasangan guru, saya dari kecil disuruh ke depan oleh emak dan ayah serta rakan-rakan sekerja mereka. Seawal minggu pertama persekolahan darjah 1 saya telah dilantik menjadi ketua kelas, diberi peluang memegang jawatan-jawatan penting semasa di sekolah, diasak untuk masuk pertandingan sana sini. Walaupun hati memberontak, tidak suka diaturkan ke mana arah tuju saya, saya akur. Jutaan terima kasih kepada mak, ayah dan cikgu-cikgu saya. Alhamdulillah saya berada di tempat saya berdiri sekarang disebabkan oleh asakkan-asakkan kalian dahulu. Sekarang saya punya kehidupan sendiri, berdiri atas kaki sendiri, berdikari, punya kehendak dan impian sendiri.


Saya bukan lagi budak yang nota pelajarannya kemas, supaya kawan-kawan boleh pinjam nota saya untuk buat rujukan. Saya bukan lagi seorang yang tidak kisah jika disuruh kehadapan, supaya dapat wakilkan kawan-kawan lain atau senang guru-guru melentur kerana mak dan ayah boleh melatih saya dirumah kerana mereka memahai apa yang diperlukan untuk tugasan saya. Saya bukan lagi seorang adik yang dari pandangan mata kalian semua dibayangi oleh kehebatan abang dan adik saya kerana kami punya kemahiran dan bakat yang berbeza.

Saya dah letih menjadi saya yang dahulu. Saya sangat-sangat berharap kepada orang yang berada disekeliling saya, tolonglah faham kehendak dan keinginan saya…  saya tak mahu lagi menjadi seorang yang ada kenal dulu. Saya lebih selesa berada dibelakang tabir. Saya nak buat apa yang saya suka. Diusia menjangkau umur 30 tahun ini, berilah kebebasan untuk saya. SEKIAN RASA HATI SAYA… 

Saturday, October 30, 2010

Hate + Love

Since my D dah start mengOS je skarang ni... so i have enought time to back to my hobby- novel reading. Dulu saya suka baca novel yang berat-berat, novel kreatif, yang ceritanya pasal life style, politik, social ekonomi. Macam cerita Lasykar Pelangi, Imam etc.  Tapi semenjak kerja saya pon dah kena fikir yang berat2, saya tak rasa saya enjoy nak baca buku-buku macam tu. Saya jadi makin tension tahap dewa Langit ke LAPAN. jadi saya perlu beralih ke buku-buku yang light and easy....

Korang penah dengar Hlovate? So far this year saya dah baca 3 novel yg ditulis oleh Hlovate (bukan this year la.. actually for this 5 months) iaitu Versus, Tunas dan Aa+Bb... Best, gaya bahasa santai, cerita catchy... and all of them pasal Hate + Love.. = Hlovate!!

Dari sudut pandangan saya selepas membaca la:



VERSUS punya ceta pasal macam mana nak jadi baik. Nak transform daripada budak backstreet to pure Islamic life. Memang susah... Bukan saja nak jadi baik.. tapi terbaik. Kita rasa kita da cukup baik. Tapi sebenarnya berapa percent je la perkara yang kita buat sekarang ni yang boleh dikatakan "Baik".. Dalam cite ni pasal wasiat dan cinta.. orang sanggup berubah. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. Tapi perubahan tu bukan kerana wasiat & cinta tapi berlandaskan kerana Allah... means that back to basic. Kalau kita nak berubah. Berubah untuk tuhan, untuk diri kita sendiri, ikhlas. jadi perubahan yang kita buat tu kekal... Memang insaf gila. Hati kena tegar, banyak dugaan yang perlu kita tempoh.. Hmm bila habis baca terus bercite2 nak jadi baik... InsyaAllah... AKAN Berusaha menjadi lebih baik dari sehari ke hari... 



[TUNAS] brings back memories to zaman high school. Hmmm... pasal cite budak2 masa kat Kolej, macam2 tricks, ada je benda nak buat, kena kan orang, payback!! Kena tangkap dengan cikgu disiplin, pecah bilik HEM... Hahhha... mmg ingat balik zaman sekolah macam mana... Nakal tak hengat dunia.. tapi di balik kenakalan tu.. boleh je kan pegang jawatan besar dalam sekolah.. MPP + Prefects... Aiseh... Memories oh memories... I miss that moments!!!



Aa+Bb, perkahwinan yang diatur keluarga antara seorang Doctor dan seorang Engineer... tak semudah fomula mathematic Aa+Bb= Aman Bahagia!! (",) Kool!! Hehhe.. kalau korang baca tunas, korang faham kenapa dalam cite Aa+Bb ni macam susah sangat sang isteri nak terima si hubby. Masing2 ego, jadi sape yang rugi??? mereka jugak la...

Saya bukan seorang pengulas buku yang baik. Juga bukan seorang pengkritik yang baik... Jadi kesimpulan nya buku ni... erm best gile. Relax!! Boleh baca banyak kali pon tak boring...

Ada 3 lagi tulisan Hlovate yang saya tak baca lagi. Tapi relax jap sebab Hlovate punya gaya bahasa sama je dalam setiap novel-novel dia. Jadi saya nak buang dulu cite-cite catchy Hlovate dalam kepala saya, so skarang saya beralih ke penulis novel lain dulu....


:P Sekarang saya tengah baca Jaja & Din... Jaja & Din ni... ditulis oleh Noor Suraya, pasal Jaja seorang budak perempuan yang action n tak percaya pada cinta and couple2 ni tetiba jatuh hati dengan seseorang yang hanya dilihat di dalam sekeping gambar yang diambil oleh kawannya semasa berhenti kat trafic light sebab lampu merah masa on the way back to hometown.. Jaja mencari "Dia" yang digelar Uztaz M (Since mamat tu pakai kopiah dan tengah baca surah yassin di tepi kubur dan M stand for Misteri) didalam gambar tersebut sampai dapat dan minta mak ayah nya pinangkan ustaz M  tu untuknya... :P Best2...



Monday, October 25, 2010

Rezeki Cendol

Pernah tak terjadi kat korang bila masa korang nak makan semua jadi serba tak kene. Contoh bila nak makan, pinggan yang isi makanan tu terlepas ke lantai.. atau makanan yang dah disudu, tinggal nak masuk ke mulut tiba-tiba terjatuh terkena baju terus tergolek ke pasir sampai dah rupa onde2 salut pasir (in case makan kat luar la kan). Apa korang rasa masa tu? mesti frust kan... tambah kalau itu je makanan yang kita ada masa tu. Apa yang korang akan fikir bila jadi macam tu.

Seingat saya, benda-benda macam ni dah banyak kali berlaku kepada saya. Saya ingat lagi pada satu ketika di bulan Ramadhan, saya singgah PARAM beli dua bungkus bihun sup untuk berbuka dan dua kebab ayam untuk bersahur untuk saya dan Mr.Somi. Bila sampai di rumah, saya terus bawa makanan yang saya beli ke dapur. Saya letakkan makanan tersebut di atas para konkrit. Tiba tiba bungkusan kebab saya tergolek, saya cuba menyambut, saya hanya sempat sambut sebungkus sahaja, lagi sebungkus terus terjatuh ke dalam periuk yang penuh dengan air rendaman. Saya terkejut Astaghfirullah Al Azim.. hati mula berdebar. Sedih pon ada.. Dalam kepala saya mula berfikir. Nasib baik ada Bihun Sup, tak apa ada lagi rezeki aku.... Kalau tak cukup, nanti malam boleh keluar balik cari makanan lain.

Kemudian, bila azan maghrib hampir berkumandang, saya ke dapur semula. Saya mengeluarkan mangkuk ingin mengisi sup untuk bihun sup saya. Entah kenapa tiba-tiba bungkusan sup saya terlepas dari tangan, pecah masa menyembah lantai dapur. Sekali lagi??? Aduh hanya Allah saja yang tahu bertapa sedihnya hati saya masa tu. Masa ni saya mula berfikir. Bukan rezeki saya nak makan kebab dan bihun hari tu. Benda dah ada depan mata, tapi masih tak sampai ke tekak. Akhirnya saya hanya berbuka dengan air saja hari tu.

Bila dah mula rasa sedih dan hiba, saya mula berfikir. Adakah saya tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kepada saya??? Adakah saya tidak mempergunakan wang yang saya ada dengan cara yang betul??? Rasa memang betul-betul sedih... Saya ada membaca Manusia seringkali berkeluh kesah atas rezeki yang ia terima. Bila besarnya keinginan tidak sama dengan yang ia terima, sulit baginya untuk berucap syukur. Memang terfikir bahwa pintu rezeki Allah itu ada di mana-mana, Tapi kadang kadang kita lupa, Rezeki tu yang tuhan bagi bukan untuk kita sorang, tapi untuk dipanjangkan.. mungkin kepada kucing, kepada semut, kepada tikus.. Wallahualam.

Ok semalam, atas permintaan Sang Somi yang teringin nak makan cendol, saya pon mengusahakan lah cendol saya. Sang Somi sanggup walaupun tengah-tengah panas terik matahari semata-mata dapat makan cendol yang dipinta. Jadi saya suruhlah dia beli cendol, santan dan gula melaka. Dia balik dengan extra satu item selain yang saya suruh beli. Dia beli pulut. Konon nak makan cendol pulut.  Mr. Somi excited. jadi dia sendiri nak tolong rendamkan pulut. Masa nak merendam tu tiba-tiba bungkusan pulut tu terlepas dari tangan, jatuh ke lantai, isk terkejut sangat. Ya Allah, hati da separuh sedih dah. Ye la benda sikit kan...Dah terburai kat lantai dapur pula. Saya kata dengan Mr.Somi, tak apalah mana yang ada je lah. Mr. Somi beli 300gm pulut. ialah nak makan pon berdua je. Apatah lagi takat jadi accessories cendol je kot.

Lepas rendam 2-3 jam, saya pon kukuslah pulut saya. Sementara pulut dalam kukusan, saya sediakan pula gula melaka. Saya potong halus-halus atas papan pemotong, panaskan kuali.. Masa nak masukkan gula kedalam kuali, saya terlanggar papan pemotong, cepat-cepat tangan saya menyambut papan pemotong tu. Macam mana pon dah berterabur kat lantai dapur gula melaka saya barang segenggam. Aiseh apa nak jadi ni... saya da nak sedih dah.. tapi pujuk hati sendiri.. sikit je takpe la... masih ada lagi, mungkin ini ujian Allah kepada kami hari tu.. Mungkin lupa lagi nak memanjatkan syukur.. teringat bihun dan kebab saya aritu.. Huhuhu... 


Inilah rupa cendol saya!!!

Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga makan Pulut Cendol yang kami buat. Rezeki cendol masih ada untuk kami. Dapat juga la melepas kempunan makan cendol pulut. Malam harinya, saya ke rumah mak, bungkus kan juga pulut cendol yang kami buat untuk mereka. Alhamdulillah dapat juga mereka merasa.
Cendol (1 cawan tepung beras + 3 cawan air pandan + air kapur 1 sudu kecil + garam)


Gula Melaka (Potong halus2, masukkan dalam kuali campurkan 1 cawan air)


Pulut (Rendam 2 jam, kukus)


Santan Bubuh Garam bagi rasa lemak
     
Rezeki Allah ada dimana-mana. Seberapa banyak kedua tangan bisa meraihnya, tergantung kepada diri anda sendiri. Tapi kita masih kene ingat, setiap rezeki yang ada perlu bersyukur ke pada Nya. Kalau tak bersyukur.. Sendiri mau ingatlah!!!

Friday, October 22, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Makan-Makan

Dalam masa dua minggu ni, dah dua kali kami menjemput tetamu ke rumah, untuk aktiviti makan-makan iaitu pada 4hb October 2010 atau 25 Ramadhan 1431 semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri dan 11hb October 2010 (semalam) program kekeluargaan.

4hb lepas jemputan makan-makan untuk kawan-kawan sepejabat dan sahabat terdekat .Spesifikasi “dekat” disini adalah “dekat” dengan rumah atau dekat dengan hati. Paling dekat dengan rumah adalah Marwati. Marwati adalah kawan baik saya semenjak darjah satu. Kami sekelas sampai ke tingkatan 3. Manakala sahabat yang  jatuh dalam category dekat dengan hati adalah Salwani. Kawan sebilik masa belajar di UTM Skudai.

Mr.Somi kata, tema raya mesti ada nasi impit, kuah lodeh dan soto. Ok!! I follow u lah abang… So Menu hidangan saya adalah Air Anggur, Ayam Bakar, Nasi minyak, Nasi Impit, Kuah Lodeh, Soto Ayam with pergedel, Kek Gulung, dan Buah-buahan. Manakala Popia Goreng ditaja oleh Marwati dan Lengkong Merah ditaja oleh Noraznina Erpan.

Sambutan tetamu kepada AYAM BAKAR kami sangat-sangat menggalakan. Kami bakar 3 ekor saja. Saya orang terakhir yang menjamah makanan. Nasib saya baik sikit bila masih lagi dapat dan sempat merasa ayam bakar saya barang seketul saja.. Soto saya pon sangat laku. Sampai kesedutan terakhirlah orang kata. Sayang seribu kali sayang, kuah lodeh saya tak berapa memberangsangkan sambutannya. Kata mereka sedap tu sedap tapi tak nak makan lemak-lemak. Ok!! Saya lupa semua orang nak berdiet ye apatah lagi di akhir minggu syawal. Hahha.. Apa-apa pon saya sangat seronok bila semua orang happy dengan hasil tangan saya. Alhamdulillah.

Memandangkan Abang saya dan isterinya pulang ke Malaysia untuk meraikan perkahwinan kakak iparnya pada 10 October 2010 yang lepas, semasa kenduri perkahwinan hampir sampai ke penghujungnya, mr.Somi sempat mempelawa abang saya sekeluarga datang ke rumah untuk program makan-makan dalam tema kemesra-mesraan kekeluargaan semalam. Majlis ramah mesra ini dihadiri oleh 4 pasangan iaitu, mak dan ayah saya, abang dan kakak ipar, makcik Jamilah dan pakcik Tumian (my SIL’s parents) dan Kak Rapeah & Mr. Kamal (si pengantin baru).

Menu saya kali ini… masih AYAM BAKAR. Mr.Somi kata Killer Product! Oh OK… yang pasti saya hanya memerap ayam, mr.SOmi yang bertungkus lumus membakar ayam sambil sebelah tangan lagi bergayut di telepon. Hmmm….

Menu kali ini lebih ringkas dan lebih kepada Western gaya MALAYSIA. Hidangan saya adalah. AYAM BAKAR, Coselow, Potato Salad, Nasi Udang, dan Buah Oren, Lengkong AZNINA ERPAN dan Sagoo Gula Melaka sebagai pencuci mulot dan manisan.  
Sekali lagi Alhamdulillah, semua makanan saya habis… mereka makan bertambah-tambah. Alhamdulillah. Mereka kata AYAM BAKAR saya best..

Memandangkan tetamu saya sepanjang dua minggu ini asyik sibuk meminta resepi AYAM BAKAR saya, disini saya tempekkan resepi AYAM BAKAR tersebut. Kepada yang dah rasa… Thanks sudi makan makanan saya. Kepada yang belum sila lah masak sendiri. 

AYAM BAKAR (SUKATAN IKUT SELERA SENDIRI)-Untuk 10 orang makan

  • Daging Ayam 2 Ekor
  • Halia 2 Buku yang besar (Bahan PALING WAJIB ada!, untuk lembutkan ayam + bagi bahan perapan masuk ke dalam daging. Lagi banyak halia, lagi naik rasa)
  • Mayonise lebih kurang separuh balang atau 5 sudu makan. 
  • Sos Cili sebotol
  • Kicap Manis Cair  lebih kurang secawan. Kalau kurang boleh tambah 
  • Sos Tiram  dalam 2-3 sudu je takut nanti over masin
  • Serbuk Cili 2 peket kecik.(Kalau nak pedas letak banyak-banyak, pasti terangkat punya)


Cara-cara

  1. Gaul semua bahan perap, kacau rata hingga sebati
  2. Masukkan Ayam. 
  3. Perap semalaman atau paling kurang, 2 jam.
  4. Bakar Ayam atas api
  5. Baki bahan perap, curah atas kuali panas, masak hingga menggelegak untuk dijadikan gravy.

Friday, October 8, 2010

Selamat Tinggal Syawal 1431 Hijriah


Masih belum terlewat rasanya untuk saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana dilimpahi dengan kekuatan untuk menempuhi dugaan Nya di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Alhamdulillah! Syukur Ya Allah..

Hari ini hari terakhir Syawal 1431 Hijriah. Jemputan ke majlis makan-makan ramah mesra Aidilfitri masih lagi menggalak. Malah dipejabat saya hari ini diadakan Jamuan Hari Raya. Apa-apa pon harap-harap jangan overdose makan sudah.. =) Saya tak larat dah nak membawa badan saya ni yang tak makan pon masih mengembang... mengembang... dan terus mengembang....

Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi... Semoga Allah pertemukan saya Ramadhan dan Syawal 1432 Hijriah akan datang.. Insya Allah... Akhir kata..."Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga".

Wednesday, September 29, 2010

New look of MyLovlyMe

Sejajar dengan pengupdatetan blogspot... so kita bersihkan dan kemaskan lah laman blog kita ye...
Saya suka!!! Pinkis is my peberet kaler... =P nyaman gitu!!! dalam hati ada taman gitu... =P

Monday, September 27, 2010

Projek Penambahbaikan Bantal Kekabu...

Nak cakap dah lama X update blog... Tapi tiap kali masuk entry baru, itu je ayat photostatkan.... BOSAN!! tapinye tu la yang sebetulnya... Hahahha...
Ok task hari ni, 27th September 2010... saya tak perlu memasak ye sebab saya dan mr.somi telah melantak nasi ayam kat foodcourt Precints 16 Putrajaya. Jadi.. projek hari ini adalah penambahbaikan bantal kekabu.

Mana dapat bantal kekabu???? Heeeeeee... yang ni best nak jawab... Bantal yang mr.somi bawa dari kampungnya yang dia dok pakai dari masa study kat U... sampai le keje lepas grad... sampai le kami kawen... Yeah... ada 8 biji semuanya... yang best... dari gemok.. gedempol.. gebu.. sampai dah lunyai... =P Kalau tido, bantal ni letak merata... kepala, bawah ketiak kiri, bawah ketiak kanan... nak peluk, nak boh kat bawah kepala lutut.. atas betis.. hehhe... pendek kata pusing kiri kanan atas bawah semua ada bantal ;P... pagi-pagi kutip je la kalau bantal2 tu da jatuh ke bawah...


Seguni kekabu kami bawa dari Kg Sungai Parit. Pasir Panjang Laut. Sitiawan

Masa balik raya kat Sitiawan lepas... mr.somi ada lah minta kat orang tua nya... belikan kekabu, kami nak refill... jdi my MIL kata, ambik je la kat dapur tu... ada la seguni beras kekabu... nampak cam berat.. jadi masa nak menganggatnye tu da gunakan la sepenuh tenaga nak menghayun... ek eleh... nampak je ye kawan-kawan... teringat pulak soalan peberet uji minda masa kat sekolah dulu... mana lebih berat.... Sekilo Kapas ke Sekilo Pasir... dan sibungok pon menjawap... Sekilo Kapas CIKGU!!! Sebab kapas dok dalam guni... pasir dok dalam kampit.. keh keh keh....

Setelah diisi kekabu ke dalam bantal.. dari seguni tu dapat la refill 3 biji bantal. Haaa ni balance-balance la ni.. tinggal cikit je...

Sila peratikan.. dan bandingkan dengan gambar di bawah. Gambar bantal sebelum direfill... da penyet!! Letak kepala pon terus TONG!!! hantuk kepalak ke lantai (",)

Ni, dah refill dah... gelembung... gebu... best best best :P


Back to my story pasal bantal kekabu ni la.... nak membaikpulih bantal ni first of all kene la bukak jahitan sebahagian bantal yang nak disumbatkan kekabunya... step ke-2, masukkan kekabu ke dalam bantal. Jenis jahitan yang saya gunakan adalah jahitan "insang pari". Kawan-kawan, kalau x ingat, sila rujuk buku kemahiran hidup tingkatan satu ye... hehhe.... Kena bubuh padat-padat.. biar kembong... janji boleh jahit balik... step ke-3 jahit semula bantal.. step ke-4 tepuk-tepuk bantal, step ke-5 masukkan bantal ke dalam sarung bantal, step ke-6 tepuk-tepuk bantal yang duduk dalam sarung bantal, step ke-7... TIDOQ!!! =P hehhe... x kelakar la tu.



Jahitan "Insang Pari"... cantik tak hasil tangan saya?? :P. My peberet jahitan... (",)

P/S: siap ada masa rajin dulu buatkan kad untuk mr.Somi.. jahit cam ni la kat greeting card.... Dolu2 la masa muda-muda...

Ni.. dia bantal yang sudah diisi dan sudah dijahit, Yeah sib baik le guna kain batik, idok le nampak segala peta dunia kat bantal tu... Hahahhaha......

Tara... Ni bantal yang telah disarungkan... :P


Sesi Gulik2 pandang ke langit... Testing-Testing 1-2-3...Nyaman sekali ya!!

Disebabkan oleh filter lubang hidung saya tak berapa elok, saya hanya bertugas untuk steps 1 dan 3 hingga 6 sahaja.. mr.somi ditugaskan untuk buat step ke-2... almaklum, kalau saya buat step ke-2 tu pasti saya akan bersin sepanjang malam, dan esok saya demam!! heeeeeeeee......step ke-7 kami buat sama-sama.... ;P xde gambar k!!!










Saturday, August 7, 2010

Tuna Puff

Lama dah tak update blog ni...
Dah bersawang sampai 2 months. Entry kali ni berdasarkan kerja didapur. Heee.. Dua tiga minggu lepas saya menjengah ke blog yang famous dikalangan orang2 yang suka mencari resepi iaitu blog kepunyaan En. Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . Saya terpikat dengan resepi Tuna Puff nya yang simple bila menggunakan pastry puff jenama "Kawan". Ikut kata En. Mat Gebu ni... patutnya mesti ada instant pastry puff ni kat stock kat rumah supaya kalau ada lauk-lauk yang berlebih, kita boleh la buat puff.. jadi takde la lauk lebih-lebih tu masuk ke dalam perut tong sampah...

2 hari lepas masa mencari bahan-bahan nak buat masak-masak program bersama rakan sekerja - "Makan-Makan Menyambut Ramadhan" saya dan Nina ke Giant Kota Damansara selepas kerja. Teringatkan resepi En. Mat Gebu, maka saya pon mencarilah pastry puff jenama Kawan ni.. heee finally jumpa juga.. Murah pon murah.. rasa memang habis berbaloi kot kalau beli... Harganye RM 4.49 dalam ada 10 keping saiz pastry 4" x 4".

Jadi pagi tadi saya pon buatlah tuna puff saya... Tapi resepi saya tak terikut macam En. Mat buat.. saya guna je apa yang ada kat dapur saya.. Simple je la jadinye...

~Tuna Puff~
Bahan-bahan
1 paket pastry puff jenama Kawan
1 tin Tuna in Mayonese jenama Ayam*
1 labu bawang besar (dicincang halus)*
1 sudu besar Mayonese jenama Kimball*
5 biji cili padi (dihiris halus)*
1 biji kuning telur dikacau sedikit
Cara buat...
1. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam mangkuk. Gaul rata.
2. Panas kan oven dengan suhu 190 degree...
3. Ambil sekeping pastry puff. Potong 4 bahagian sama rata. 2 bahagian dikelar2 tapi janga sampai putus.
4. Letak 1 sudu kecil adunan tuna ke atas potongan pastry yang tidak dikelar.
5. Tutup dengan pastry yang sudah dikelar tadi. Angkat, kemudian tekan tepi-tepi pastry supaya melekat.
6. Tekan tepi pastry dengan hujung garfu.
7. Letakkan atas dulang pembakar yang telah disapu dengan marjerin.
8. Ulang semula langkah 2 hingga 7 sampai dulang penuh.
9. Sapukan kuning telur di atas pastry...

Siap dah... dan boleh la makan!!!
Owh... anggaran kos bahan adalah sebanyak RM10.00 dan menghasilkan tuna puff sebanyak 20 biji... Murah kan???? kan???? Hmmmm memang sekali buat lepas tu nak buat lagi.... Heeeee.......

Jom tengok gambar...

Ni hasil 2 keping pastry puff yang telah diletakkan inti tuna, dan dibubuh kuning telur.


Dah ready untuk dimasukkan ke dalam oven. Time ni pon da rasa leleh air liur tak sabar nak ngap.....

Yang ni yang sedang dalam proses pembakaran. Tengah naik... Hum... bau tak tahan... Isk da terliur liur dah ni


Baki inti tuna. Masukkan balik dalam tinnye. Simpan dalam peti sejuk. Esok bole makan dengan roti

Dah mula nak gold ni... SAbar.. Sabar.. Saaaaaaaattttt lagi k....

Hmmm... Close up.. Ngancam tak!!

Dah Golden!!! Yeah.... Boleh keluarkan dari oven dan... Sejukkan

Ok... Closed up.. Before NGAP!!!!!!!!!................. Seronok makan puff buatan sendiri eh.... Heeee Next time bole buat lagi.....

Sunday, June 6, 2010

Chaples & Ikan Talang Masin

Chaples memang memilih makan. Tiap kali makan siap ada 2 course tu... Nak makan yang best-best je. Whiskes pon nak yang lembik dalam tin. Tak main la makan cookies. Whiskes pon siap pilih flavor. Nak yang seafood ok... yang lain.. tak layan!!!!. Lepas makan whiskes, makan pulak Keropok Ikan Kelantan yang cap pinggan tu. Kalau tak dapat keropok memang tak tenteram hidup. Bukan takat hidup dia, tp hidup kami sekali. Selagi tak dapat... mengharok je keje =P.

Khamis lepas dalam pukul 1 pg saya terdengar bunyi bising di dapur seperti bunyi mahluk menggeledah dapur saya... Saya memang malas nak pergi tengok.. sebab saya pasti itu adalah kerja-kerja Chaples atau Shera. Dalam kepala.. Lantak la.. apa-apahal esok je la kemas.

Keesokkannya Danny bagitahu saya yang Chaples dah menggeledah Ikan Talang masin yang kami beli semasa di Terengganu (trip ke Pulau Redang tempoh hari). Danny kata Chaples gigit-gigit sarung plastik ikan talang masin tu. Mungkin takpe kot... ikan x rosak

Balik dari kerja Jumaat lepas, kami tengok Chaples dah bawa ikan tu makan depan TV.. Amboi best nye la kan... sampai bawa makan depan TV lah. Danny macam bengang juga la kan. Mahal tu ikan talang masin tu... suka-suka dia je nak perabis kan... Bukan kami beli untuk Chaples pon ikan tu... (Ikan tu fav. Danny.. hehehhe)Chaples gigit-gigit... mula-mula kepala dah tanggal dah dari badan. Kepala ikan tinggal kat dapur. Danny buang kepala ikan tu. Punya lah Chaples tak puas hati... Bising Ya Allah

Lepas tu badan ikan tu kami angkat letak atas dapur. Chaples punya lah bengang gila... Sampaikan selalunya kalau kami buka pintu depan, berebut-rebut saya dan Danny nak keluar tak bagi Chaples lolos.. Tapi sebabkan ikan masin yang kami letak atas dapur tu... Chaples sanggup tak keluar rumah. Duduk bawah dapur sambil mengiaw-ngiaw... Saya masak kat dapur pon dia tak berganjak-ganjak. Merayu-rayu kot nak ikan masin tu...

Hari Sabtu pagi, Chaples langsung dah tak ada mood dah. Siap mogok kot. Buka pintu depan sebesar-besar alam pon dia tak heran. Makan tak nak. Lompat-lompat tak nak. Keluar rumah tak nak... Hahahha lawak betul. Last-last Danny bagi la ikan masing fav. dia tu kat Chaples... mula-mula letak kat atas lantai dapur, alas dengan surat khabar. Terlengah kejap je dia da bawak dah ikan masin tu kat depan TV. Makan depan TV.. sabar je la kan

Chaples gigit-gigit.. terus gigit-gigit... sampai habis.. Fuyooo!! Gile lah. Danny cakap.. risau Chaples kene darah tinggi je nanti. Ye la ikan masin la kan... kita makan siap buat kari... tak payah letak garam pon kuah da abes masin dah. Bila ikan da abis je. Dia pon relax balik.. cool!! macam no heart feeling je...

Shera juga bagus. Tak banyak kerenah. Makan je apa yang orang bagi. Abes makan tidur... Hehehhe....

Hari Jumaat, balik keje tengok Chaples makan ikan talang masin depan TV OK!!



Hmmm best nye lah kan.... gigit-gigit gigit.. ingatkan takat nak bawa main....


bawa ikan pindah-pindah tapi still kat atas tikar kayu ni... pindah-pindah sebab x bagi kami ambik. tak bagi sheera makan sama... kedekut!! kuat lantak!!


merayu-rayu kat bawah dapur. Nak ikan masin... bila kami letak kat atas dapur. Sanggup tak gerak-gerak pergi mana-mana
Dah readykan surat khabar. Nak letak ikan masin dia... Kejap je dah ilang bawak pergi depan TV. Makan sambil tengok Berita OK!!
Meneruskan misi menghabiskan ikan masin. Dah bawa da ikan depan TV. Nyum nyum nyum....
Time ni memang dah kemaruk gila. Tak heran dah orang / kucing kiri kanan.. Melepaskan hasrat terpendam...
Tengok... mana heran pon orang ambik gambar... Cheh!!!
Sehabis mungkin tak bagi orang tengok ikan masin dia.....
Finally, dapat juga ambil gambar balance ikan yang belum habis di makan....


dah relax dah.... puas hati dapat habiskan seekor ikan talang masin!!! so lap-lap tangan mulot dan muka la ye....

Sheera... Relax je.. bukan nak pon ikan talang masin Chaples tu... dah dapat whiskes cookies pon da cukup baik.. Lagi best tu yang montel je tu.... Tido lagi baik.... Hahahha.....







Thursday, June 3, 2010

Suratan atau Kebetulan

Saya tak ingat detik-detik perkenalan saya dengan Danny. Kami sekelas masa mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM, Shah Alam. Jadi tiada sesi perkenalan khusus buat saya dan Danny. Apa yang saya ingat kami mula rapat bila sudah habis sesi pengajian. Kami sudah bekerja dan kebetulan di tempat yang berhampiran. Saya di RM Associates, sebuah firma perunding ukur bahan di Jalan Teratai Mewah Off Jalan Gombak dan Danny bekerja di firma kontraktor dan tempatkan di tapak projek Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang. Disebabkan saya bekerja ditempat yang sama dengan dua lagi rakan sekelas iaitu Nana dan Suzi, jadi kami dan Danny sering berhubung dan makan tengahari bersama-sama.


Kali pertama Danny ajak saya keluar ialah pada 14 February 2004. Kebetulan jatuh pada Hari Kekasih… Hmm disebabkan oleh kebetulan itu, ada yang bertanya kenapa saya keluar dengan Danny pada hari tersebut. Saya pon tak tahu jawapannya. Danny bukan kekasih saya, bukan kawan karib saya. Bukan juga kawan sekelas yang saya puja… Tiba-tiba dia mengajak saya keluar bersama-sama dan mungkin disebabkan oleh perbualan mak dan saya sebelum itu.
“Kau tak ada boyfriend ke?”
“Dah mak tak bagi keluar, macam mana nak ada boyfriend…”
Tapi ayat itu sebenarnya hanya nak bagi alasan kepada mak saya saja. Sebab saya memang ramai kawan lelaki… kawan-kawan sahaja bagi saya, kalau saya nak keluar rumah, memang tak ingat donia punya... lelaki bukan alasan saya sebenarnya. Sebab bila ada kawan lelaki ajak saya keluar, saya akan jawap… “Maaf mak aku tak bagi keluar” Kalau ada kawan ajak keluar malam, saya jawap “Mak aku tak bagi keluar malam…” sesuka hati saya sajakan. Janji tak terikat dengan sesape…


Berbalik pada dating antara saya dan Danny kali pertama. Kami hanya keluar makan sambil makan sambil berborak latar belakang diri dan mengenal hati budi masing-masing. Jujur disini saya katakan… saya memang tak pernah ambil tahu pasal Danny sebelum ini. Ketika itu baru saya tahu yang Danny terkantoi subject Professional Practice. Jadi dia masih lagi terpaksa masuk kelas untuk subject itu. Sebelum pulang, Danny ada cakap dengan saya “Reen, Disebabkan kau je kawan yang tinggal dekat dengan rumah aku. kau jadi awek angkat aku sajalah… Alah, sampai habis study aku ni je… Dah settle nanti, aku balik kampong keje kat sana… Boringlah tak ada member…” Saya hanya memandang Danny dengan senyuman.


Bermula pada hari itu, Danny selalu ajak saya keluar makanlah keluar minumlah. Namun saya tak pernah endahkan. Saya mula berfikir, kalau kami kerap berjumpa, pasti akan timbul perasaan lain selain daripada kawan. Almaklum, kan jantina kami tak serupa. Lagipon Danny nak saya jadi awek angkatnya saja. Jadi saya nekad untuk tidak melayan segala panggilan telefon dan SMS daripada Danny.


Saya terserempak dengan Danny ketika menghadiri konvo adik saya. Kebetulan adik saya dan Danny dikonvokan dalam sesi konvokesyen yang sama. Saya nampak Danny tersenyum ceria semacam memandang saya. Apakah??? Kami tak sempat berbual panjang, orang berasak-asak keluar dewan konvo. Danny berjanji untuk menalifon saya pada sebelah malam. Malam itu, saya menonton tv dengan asyik… Konsert Merdeka tak silap saya… bila masuk bilik untuk tidur saya periksa hp saya. Ada 25 missed call… Danny yang call… saya rasa macam kesian la pula kan.. jadi saya call Danny semula. Di sana, Danny menyambut panggilan saya dengan ceria… Kami berbual ringkas. Sebelum memutuskan panggilan telefon, Danny sempat bertanya saya… “Rin, bila kita nak kahwin???” Saya hanya menjawab “Hahahhha…. Oklah bye…”


Dua tahun selepas itu, saya dan Danny bertunang, dan tanggal 11 Mei 2007 iaitu setahun kemudian kami berkahwin.

Setelah kenal mengenal antara satu sama lain, saya dapat tahu Danny masuk UTM tahun 1996, menerima tawaran kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik sempat belajar hampir dua tahun lebih sebelum membuat keputusan berhenti daripada pengajiannya pada tahun 1998 kerana merasakan bidang elektronik bukan minatnya. UTM… Selain dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia, UTM juga cukup terkenal dengan jolokan Universiti Tendang Menendang… dan salah seorang yang hampir-hampir terlibat dalam aksi tendang menendang ini ialah Danny sendiri. Kelakar.. “Sebelum orang buang aku.. baik aku chow dulu…” Kemudian dalam tahun yang sama Danny terima tawaran Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam kursus Diploma Bangunan. Saya pula masuk ke UTM pada tahun 1998. Menghabiskan pengajian Diploma Ukur Bahan saya pada tahun April 2001. Kemudian saya dan Danny masa itu saling tidak mengenal antara satu sama lain… sama-sama mengisi borang permohonan untuk menyambung pengajian kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM Shah Alam. Kami sekelas… Disini kami bertemu… Hmmm… Kebetulan kah atau suratan kah???

April tahun lepas, kami menghadiri perkahwinan adik kepada kakak ipar Danny. Keluarga mereka menempah penginapan di Rumah Tamu UTM, Skudai. Disebabkan saya buat Diploma Ukur Bahan saya di UTM Skudai, saya sangat teruja bila diberitahu tentang itu. Ialah… dah lama meninggalkan UTM, pasti kami sangat teruja untuk kembali kesana. Semasa disana… kami pusing keliling UTM, melihat & mengimbau kembali kenangan masing-masing… kemudian saya terfikir sesuatu.. “Kalau abg tak berhenti dari UTM, sure kita jumpa kat sini kan??? Pastu… Pasal abg kat UiTM la.. Rin kene sambung degree kat UiTM pulak…”


Adakah ini kebetulan atau suratan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada saya dan Danny… Setiap apa yang berlaku ke atas saya, saya percaya ada hikmah disebalik semua ini… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui…

(Riwayat Muslim)
“…..Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata:Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku, Akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki. Sesunggunya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”.

Tuesday, April 13, 2010

Ada apa dengan Handbag????





Handbag ini saya beli tahun lepas, 5hb April 2009 dekat “The Zone” Stulang Laut, Johor Bahru semasa ke JB setelah selesai urusan menghadiri kenduri kahwin pasangan Qamarul & Azreen. Qamarul adalah adik kepada biras saya, Suzanna. Ini lah bahana ajak saya shopping... orang lain yang teruja nak menyopping tak beli saya jugak yang mengendong barang bawa balik...

Saiz beg tangan saya ni berukuran 31cm x 13cm x 20cm. Tak besar dan tak kecil. Ada 3 compartment… jadi memang boleh muat apa saje dalamnye kecuali diri saya… Hehhhe…. Kalau tak handbag yang bawa saya… bukan saya yang bawa handbag… Hahha….

Mak saya selalu bising… “Berat betul handbag kau ni… ntah apa-apa kau angkut pegi mana-mana…” Memang saya akui bahu saya sakit bila saya menggalas handbag saya ni… Memang berat.. tapi yang bestnya handbag saya tak ada la penuh lagi… Saya masih boleh masukkan banyak barang lagi…

Tapi dah lenguh dah la bahu saya… Jadi semalam saya pon teringin nak menyelongkar apa barang sebenarnya yang berada dalam bag tangan saya tu. Mari kita tengok….





Hahahahha.... Erm ada 9 batang pen, Thermo Trim & Total Nutrien (sejenis meal replacement untuk saya minum kalau tidak berkesempatan untuk bersarapan), Purse Fossil, Duit & Kad Kredit (yang tak sempat nak masukkan dalam purse), Lipstic 2 batang, Purse Shocking Pink tu untuk isi duit siling, Kunci Rumah, Tumb Drive, Compact Powder, Eye Shadow 2 nos., manik baju... Purse warna Merah untuk saya letak duit2 transit... (kalau ada orang minta saya pegangkan duit.. dalam itu la ye letaknye...) Sekotak Bussiness Card, Kalung Kristal Sabah yang dibelikan oleh adik saya, 8 bijik brooch... Sebentuk cincin... Vicks cucuk hidung standby bila selsema... dan sebundle Cosway Redeem Coupon... hahhaaa... ini belum masuk lagi saya punya handphone dan Nikon L11....

Sekarang saya terfikir... camne la gamaknye kalau handbag saya lagi besar... mungkin kain telekung dan payung pon saya boleh sumbat kan???

Thursday, March 18, 2010

Pulau Redang… I'm coming!!!

Prologue or Prolog is a preface to the story. It sets up the story, giving background details and other miscellaneous information. The Greek prologos included the modern meaning of prologue, but was of wider significance, embracing any kind of preface, like the Latin praefatio quoted by Wikipedia

This entry will story all about our company’s trip to Pulau Redang, the biggest and most beautiful island in Terengganu which is planned, we will be there on the 26th to 28th of March 2010.

It is not an easy to organize a company trip. Especially when it took a large number or people involve although my company is not a big size in volume. So many complained and cakap-cakap belakang we had heard. Unfortunately it does not make us give-up. This trip will be a reality!!!

The package which we booked is 3 Days 2 Night Snorkeling Package by
Laguna Redang Island Resort. This package include complimentary 2 ways boat transfer from Merang Jetty to Redang Island, 2 night accommodation at Duluxe Garden Room, 2 Buffet Breakfast, 2 Lunch, 1 Buffet Dinner and 1 BBQ Dinner at Sang Suria Buffet Restaurant. We were promised to have superb experience snorkeling at 3 difference place which 1 marine park snorkeling trip and 2 Deep Sea snorkeling trip.
Duluxe Garden Room, Laguna Redang Island Resort (Hopefully we will really get this kind of room. Harap-harap lebih indah rupa dari khabar)

Since we are never been at Pulau Redang, we were so excited especially with the snorkeling trips. Cannot imagine we will spend one and half days floating at the South China Sea seeing rich marine life. Therefore, we are excited to have our swimming suit.

Last 2 days, I went to Jusco Shopping Complex at One Utama, Bandar Utama and get 1 for my own. It costs RM89.90 for the long sleeve swimming shirt and RM79.90 for the long pants. I also bought 1 half pants for my dear hubby which cost RM69.90. Since I am choosing a unisex suit, my pink swimming shirt does not have a padding to cover up my Tits!! Ops!! So I bought another swimming suit with padding which cost RM29.70 after less 70%… Hehehhe Bos, I will not be sexy in front of you hah!! Oh I am choosing the pink colour for my long sleeve swimming suit because I am very very sure no man will chose that kind of color…. except NYAH!!

My swimming suit more or less just like the above picture half pants for my hubby, long pants, long sleeve swimming shirt and full body suit for me!! Yeah I'm ready now!!

So excited!! Oh forget to inform that we were planning to wear theme suit at our BBQ Dinner… We have decided to wear ORANGE COLOUR theme suit. I’m still looking for it.. Where’s my Orange T-Shirt… Erm.. Just wait and see… Am I will wear an Orange T-Shirt, Orange Blouse, Orange Nite Dress… or.. erm hehhe… whatever in orange colour.


Excited!! Excited!! And Excited!! But I’m worried Hummm… One week after this Redang Trip I will involve jadi orang penting seh... for a big family event!! Is my skin will maintain the same as before going to this trip.. We will wait and see…. Hopefully I will not forget to get SUN BLOCK!! And most important.. to wear it, apply to my skin…. Jangan la hitam walaupun hitam itu emas.... Huhuhu still can't forget how bad was my face after one full day played netball masa degree dulu!!! almost 6 months for me to recover...

By the way...Will update later… Bye!!

Tuesday, February 9, 2010

Datin WannaBe


Jamilah Oh Jamilah…(bukan nama sebenar) namanya sahaja dah menunjukkan nama bukan sorang selebriteee. Berusia lewat 30-an, beliau seorang isteri kepada salah seorang Pengarah syarikat (salah sorang je k… not the only director or classified as company owner) yang tak lah terkemuka sangat tapi adalah sekali dua masuk akbar-akbar utama Malaysia. Jamilah ni seorang pegawai kerajaan (Pegawai ke??? Tolong lah!!!) tak lah lawa tapi pandai bergaya walaupun entah apa-apa, biasa la harap baju je lawa dan mahal ala Datin Wannabe…

Suami si Jamilah ni sangat hensem. Kalau nak dibandingkan dengan Jamilah, jauh panggang dari api! Dipendekkan cerita, Jamilah sangat-sangat cemburu dan tak boleh duduk diam kalau ternampak ada perempuan lain dok dekat dengan si suami. Almaklum lakan, laki kaya beb… kene jaga betul-betul la kan… kalau boleh nak dikepit-kepit habis habisan biar sang suami hanya menatap natap muka dia sorang. Tapi ye la nak kepit sampai mana la kan… paling kurang masuk pejabat suami kene gak la jalan belakang ye dak??

Hubungan Jamilah dengan kakitangan suami tidak berapa baik. Jamilah memandang rendah pada mereka, lagi pon apa barang la kan bini director nak kawan dengan staff. Pandang hujung sebelah mata pon tak heran. Depan kakitangan suaminya Jamilah menjadi sorang yang sombong bangat!! Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat sang suami sukar mendapat sambutan baik dari Jamilah. Kalau Jamilah hadirpon Jamilah buat dek je dik… Kadang-kadang Jamilah lebih sanggup membatukan diri daripada berbual mesra dengan orang lain seolah-olah Jamilah halimunan yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau angin Jamilah baik pon dia hanya bercampur gaul dengan isteri-isteri pengarah-pengarah yang lain.

Dalam diam-diam Jamilah, kononnya tak heran dengan kakitangan-kakitangan suaminya sebenarnya Jamilah tidak lah diam. Jamilah memerhatikan semua kakitangan suaminya. Jamilah dapat tahu yang mereka di office masing-masing mempunyai account dalam laman sesawang buku muka. Tak seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain, yang memang sangat sibuk dengan kerja-kerja yang melambak-lambak di atas meja, Jamilah memang ada banyak masa untuk melayari internet melawat-lawat laman-laman kesukaannya termasuklah laman sesawang buku muka…

Tiba-tiba Jamilah tersempak dengan laman sesawang buku muka Nora. Jamilah sebenarnya dah memang anti dah dengan si Nora kakitangan terbaek suaminya. Nora yang berbadan gebu buat mata Jamilah berbulu. (Pantun 2 kerat k) Padahal Nora tak buat apa-apa pon tetapi tetap mengundang amarah si Jamilah. Dalam buku muka Nora, Jamilah ternampak gambar majlis sambutan Hari Raya di pejabat suaminya. Jamilah jadi hangin satu badan bila tengok Nora dan rakan-rakan sepejabat bergambar dengan sang suami terchenta di ATAS SOFA... Ai.. ni tak boleh jadi ni… Peluh dimuka Jamilah tiba-tiba merembes… mencurah-curah… Cemburu membuak-buak… Jamilah buka pula laman buku muka Eja… Gambar itu terpampang lagi… Kemudian buka pulak laman buku muka Sopiah… Gambar ini lagi… Uiks Jamilah tak puas hati dan Jamilah tak boleh duduk diam lagi… Lancar saja tangannya mendail ke pejabat suaminya mencari Nora.

Nasib Jamilah tak baik, Nora tiada dipejabat, maka kepada si Husna Jamilah menempias cemburu… “Saya nak awak suruh Nora keluarkan gambar suami saya, Nora, Hj. Bi dan Eja bergambar atas sofa office dalam laman sesawang buku muka tu.. Saya tak suka… Seantaro Dunio tengok gambar tu… Kalau kene kat batang hidung awak pon sure awak tak suka kan… Kalau gambar ramai-ramai saya tak kisah sangat…” Husna pon apa lagi kecohlah sekejap buka laman buku muka… Ait tade pon gambar berempat.. Gambar ramai-ramai adalah… Husna pon buat tak tahu saja.. Kenapa ye?? Sebab tiada gambar suami Jamilah bergambar berdua-duaan dengan Nora duduk di atas SOFA, apatah lagi gambar-gambar ghairah. Yang ada cuma gambar kenangan sambutan raya seluruh isi pejabat.

Namun bila Nora tiba saja di pejabat, berita tergempar it upon disebarkan… Wah hangit… Hmmm nak kene ni Cik Jamilah ni!!! Ini bukan kali pertama Jamilah membuat kecoh… Apalah sangat gambar beramai-ramai rakan-rakan sepejabat bersama-sama bos di atas SOFA… Mungkin Cik Puan Jamilah takut nanti SOFA itu diusung ke mahkamah??? (Hmmm paham-paham je la ye kalau orang dah tak boleh berfikir secara waras…) Wah… panjang sungguh akal Jamilah… Tapi Nora tak boleh lupakan kisah ini begitu sahaja… Mungkin ada cerita lagi menyusul selepas ini… Tuhan sahaja yang tahu.


Gambar saya bersama-sama rakan sepejabat... JUga di atas SOFA... Hehehhe Dan kami ni semua GEBU-GEBU


Entry saya kali ni mungkin sangat panjang… dan berstatus kelakar serius. Saya ingat pesan Danny kepada saya… adalah tanggungjawab isteri menjaga maruah suami tak kira dimana berada dalam apa jua keadaannya. Antaranya adalah seperti cerita Jamilah tadi. Jangan disebabkan oleh cemburu buta yang membuak-buak, Jamilah hilang pertimbangan diri dan mula berfikir yang bukan-bukan tentang suami dan staff-staff suaminya. Seorang isteri kepada seorang pemimpin sesuatu organisasi tak sepatutnya menunjukkan contoh yang buruk kepada pengikut-pengikutnya. Hmm saya harap saya tak seperti Jamilah… dan sangat berharap saya tidak akan jadi dia walaupun suatu hari nanti mungkin Danny saya pegang jawatan penting dalam Malaysia ni… Hehehe abg mamak kedai TAQHWA CORNER kan panggil saya Datin Wannabe….

Saturday, January 30, 2010

BoY... The Siamese Kitten

Tanggal 10 January 2010 kami bawa balik seekor anak kucing jantan Siamese species… Comel! Kami jangka berumur sekitar 4 minggu. Boy nama yang Danny berikan kepada anak kucing. Boy kami jumpa masa makan malam di sebuah gerai Nasi Briyani Gam Johor berhampiran pejabat saya di Bukit Rahman Putra. Sepanjang perjalanan balik, Boy senyap sepi tak berbunyi. Mungkin takut… mungkin sejuk disebabkan air-cond kereta. Sejurus tiba dirumah kami, kami mandikan Boy. Warna bulu Boy kelabu asap.. mula-mula sangka kami Boy berwarna putih, tetapi kelabu sebab kotor dan comot tinggal di gerai tadi. Boy masih tidak berbunyi masa kami mandikan. Setelah dikeringkan bulunya dan diberi makan, Boy tidur dengan nyenyaknya.

Keesokkan paginya, Boy mula buat bising tanda lapar. Lepas diberi makan, Boy akan senyap. Sepanjang saya dan Danny tiada dirumah, kami kurungkan Boy di dalam bilik air tingkat bawah dengan bekalan makanan. Selalunya Danny yang lebih mengambil berat tentang Boy. Makan minum Boy, cuci najis Boy, mandikan Boy… segalanya lah diuruskan oleh Danny.

Saya bukannya seorang yang sukakan kucing. Tapi saya mula rasa tenang dan segala rasa stress dengan kerja-kerja yang melambak-lambak di office hilang bila dengar Boy bising bila sedar kehadiran saya. Bila kami balik saja, Boy seperti menyedari kehadiran kami dan mula buat bising… Kalau kami berada ditingkat atas, Boy diam… bila kami turun tingkat bawah saja tak sampai seminit, Boy akan bising… Kami lepaskan Boy bila kami lepak-lepak depan Kebun Sekangkang Kera kami… Boy manja, mana kami pergi, kat situ Boy berada… dia tak pernah nak merayau-rayau ke tempat lain. Selalunya Boy suka duduk dalam pangkuan saya… kadang-kadang sampai terlena… Dan kini Danny cakap… “Hah… baru la boleh panggil rumah… ada pokok-pokok bunga… ada kucing… kan best…” dalam diam, saya setuju pendapat suami saya.

Tanggal 24 January 2010, Mustafa kawan Danny datang kerumah untuk beri sepasang anak kucing miliknya kepada kami. Yang jantan diberi nama Chaples dan yang betina diberi nama Sheera. Pasangan anak kucing ini berusia 4 bulan. Bila Danny keluarkan Boy, Chaples dan Sheera yang ketakutan. Tak tahu apa pasal… padahal Boy sangat-sangat kecil berbanding dengan Chaples dan Sheera.



Sheera kecil sikit je daripada Chaples

25hb January- Malam itu bila saya balik dari office, saya bertanya pada Danny, Boy mana?? Sebab tak ada bunyi bising menyambut kehadiran saya… Chaples dan Sheera jenis kucing yang tak reti buat bising… Danny kata Boy tidur… Saya pon tak menjenguk terus ke bilik tidur dan BOOM!!! Tak sedarkan diri… Keesokan paginya sementara saya bersiap ke tempat kerja, Danny seperti hari-hari sebelumnya turun ke tingkat bawah untuk menyediakan makan & minum kucing-kucing kami. Bila saya turun, saya lihat Boy dah berada di atas meja, terbaring dan tidak bermaya seolah-olah menanggung sakit yang amat perit.. Danny mengusap-usap kepala Boy. “Dah tak lama dah ni Rin… Abang jumpa pon dah macam ni..” Saya suruh Danny bawa Boy ke klinik… Danny kata dah tak ada harapan.


Pagi tu Danny hantar saya ke pejabat. Sepanjang perjalanan, Danny dan saya berfikir apa yang sebenarnya terjadi kepada Boy… Boy tak menunjukkan apa-apa masalah sepanjang bersama kami sebelum ini. Lepas sahaja menghantar saya ke office, Danny terus pulang ke rumah kami dengan rasa tidak sedap hati. Setiba dirumah, Danny dapati Boy dah tidak bernyawa… Sedih… Danny SMS saya.. “Rin.. Boy dah mati…” Saya sedih sekejap membaca sms itu. Hmmm…. Sempat saya meng-update status di FaceBook saya dan terus dengan kerja-kerja saya sebab masa tu ada client sedang menunggu saya di hadapan reception counter…

Terima kasih kawan-kawan yang mengambil berat

Setelah kerja-kerja selesai, saya minta Danny ambil saya… kami makan malam di Ani Sup Utara Damansara Damai… sambil menunggu makanan tiba, Danny mula bercerita tentang Boy… Kami sedih… ada titis-titis jernih jatuh kepipi… Saya tak pernah rasa macam ni… Kami berharap kami dah buat yang terbaik untuk Boy… dan memohon agar kematian Boy bukan atas kesilapan kami menjaganya…

Sekarang tinggal Chaples dan Sheera bersama-sama kami… Walaupun Chaples dan Sheera lebih comel, lebih manja, dan lebih gebu… Boy masih dihati kami!! Lebih kurang lima belas hari Boy bersama kami.. Walaupun tak lama tapi Boy tetap dalam kenangan…

Boy ketika disemadikan