Monday, July 16, 2012

Hilang Pedoman

Nak Diet. Tapi pernah tak anda rasa menu diet anda tu sangat sangat la bestnya... sangat-sangat lah sedapnya... sampai anda kira-kira macam lupa diri dan Hilang Pedoman sekejap...

Tu la yang jadi dekat saya.... Hahha.... Hilang pedoman dah dua hari ni.... Masak menu yang sama sepanjang dua hari ni. Sebab makan menu diet yang SUPERB SEDAP sangat....

Jom Cekidout....


Ada dada ayam, ada tempe, ada cendawan, ada kobis, ada daun saderi, ada daun bawang, ada bawang merah, ada bawang putih dan paling penting dan mengancam serta menggugat iman... ada petai....

Ya Allah.. Alhamdulillah syukur tak terhingga dapat nikmat makan sup super sedap ni... sop sap sop sap.. hilang pedoman kejap

Saturday, July 14, 2012

KuKISS Cookies Untuk Hari Raya

Ramadhan menjelang tiba...

Kawan-kawan dah sibuk tanya KuKISS cookies untuk Hari Raya. Tahun ni tak buat banyak jenis sangat. Pilihan dibuat atas undian peminat berdasarkan tempahan-tempahan kuih raya tahun lepas (macam artis je kan KuKISS cookies untuk Hari Raya ni). Cukup lengkap rangkaian KuKISS cookies untuk Hari Raya untuk tahun ini dengan konsep modern kotemporari - moden, tradisional, catchy, romantic & menarik!! dan yang paling-paling penting.... SEDAP!!!

Jom jengah-jengah KuKISS cookies untuk Hari Raya 2012 ni.... Kalau berminat boleh buat tempahan sekarang... SMS 012-2783003


Almond Rocher ~ RM28.00 per box of 50pcs

Chocolate Chip KuKISS ~ RM28.00 per box of 50pcs

Double Choc Chip KuKISS ~ RM28.00 per box of 50 pcs

Nestum Almond KuKISS ~ RM28.00 per box of 50 pcs

Biskut Sarang Semut ~ RM28.00 per box of 50pcs

Tart Surprise ~ RM35.00 per box of 50pcs

OK lagi sekali... kalau minat boleh buat tempahan sekarang... SMS 012-278 3003 =)

Wednesday, July 11, 2012

Mary Kay Untuk Lelaki

Mary Kay ada rangkaian produk penjagaan kulit yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Produk Mary Kay bukan hanya untuk yang bergelar wanita. Lelaki juga boleh mendapatkan perawatan kulit muka dengan adanya MKMen - produk penjagaan kulit muka khas untuk lelaki.

Lelaki yang inginkan kesihatan yang menyeluruh termasuk kesihatan kulit muka pasti akan berminat dengan rangkaian produk penjagaan kulit lelaki keluaran Mary Kay Untuk Lelaki ini.

Kenapa lelaki juga perlu menjaga kulit muka mereka?
+ nak kulit yang cantik, licin
+ tak nak muka berminyak dan berjerawat
+ kebersihan
Ini jawapan-jawapan klise je kan..

Kesihatan kulit amat penting kerana kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh badan kita yang pastinya tidak boleh ditukar ganti. Sel kulit kita perlulah sihat supaya kita juga peroleh kesihatan secara total. Jadi kenapa perlu kita mengambil sikap sambil lewa dalam mengambil langkah penjagaan kulit muka kita?

BEST ke kalau muka berminyak-minyak sampai orang tengok pon ada perasaan macam nak perah je muka lelaki tu biar semua minyak-minyak di muka dia hilang. Hehhhee... sedihkan kalau dapat muka macam tu. Orang nak bergambar dengan kita pon segan sebab tiba-tiba lepas snap picture ada sinar cahaya melantun dimuka. Nak mengurat pon perempuan tak nak sebab GELI. Paling sadis kalau minyak muka tu dah tepu sampai dah nak naik bau. Muka dah penuh jerawat.. dah penuh jeragat. Ini dah melampau!! Memang... Ramai lelaki kat luar sana macam tu.... Tapi jangan risau. Pasti ada jalan penyelesaiannya....

Mary Kay Untuk Lelaki di beri nama MK Men yang merangkumi 3 langkah mudah. Iaitu:

membersih
membersih muka secara keseluruhan, membuang minyak dan kotoran yang berkumpul di permukaan kulit muka 

 +

mengeton
membersih muka secara mikro dan membuang sel-sel mati yang masih melekat di permukaan muka secara tidak langsung mengeton kulit muka

+

melembap dengan SPF 25 perlindungan UV
memberi kelembapan pada kulit muka agar kulit sentiasa sihat. Muka yang kering akan mengelupas dan akan menyebabkan kulit mudah dijangkiti fungus. Ia juga akan menyebabkan kulit muka anda dihinggapi jeragat. Manakala kulit berminyak akan menyebabkan pori-pori muka anda tersumbat dan menyebabkan muka menjadi berjerawat. Dengan kandungan moisturizer yang dibekalkan bersama pelindung UV SPF 25. Muka anda secara tidak langsung akan diberi penjagaan perlindungan agar kulit tidak terbakar apabila beraktiviti sepanjang anda berada di bawah sinaran matahari.

MKMen Facial Cleanser (RM65.00) + MKMen Facial Toner (RM65.00) dan MKMen Moisturizer Sun Screen SPF 25 (RM100.00)

Berminat nak cuba product Mary Kay ni??? Call saya Azreen 0122783003 untuk rundingan percuma....

Monday, July 9, 2012

Raya Preparation ~ Mary Kay Promo

Mary Kay buat promotion untuk raya!! Sangat BEST!! Rugi sangat kalau tak dapatkannya....

Ok puasa belum lagi kan...tapi semua orang dah sibuk nak preparation untuk raya. Nak cantik tak??? Bila raya je mesti semua nak nampak cantik kan. Buat Baju baru, beli kasut baru, tudung baru... semua dah cantik-cantik... make up macam mana?? mestilah nak make-up cantik-cantik. kan??? kan???

Jadi jom tengok apa Mary Kay Promo offer untuk raya ni.

Limited Edition Mary Kay Dual Lip Glaze
+ Glistering sand (RM55.00)
+ Warm Coral (RM55.00)
+ Red Wood  (RM55.00)

Limited Edition Mary Kay Fluid Eye Colour
+ Pearl (RM55.00)
+ Sandstone (RM55.00)
+ Driftwood (RM55.00)
+Spring Leaf (RM55.00)


Limited Edition Mary Kay Natural Cheek Tint
+ Pink Pearl (RM55.00)


Lip and Eye Set ~ RM165.00
Buy: 1 Lips Glaze + 2 Fluid Eye Colour = Cheek Colour for FREE!!!

BONUS RAYA = RM275.00
Buy 1 Redwood Lips Glaze + 3 Fluid Eye Colour (Driffwood + Spring Leaf + Sandstone) + Natural Cheek Tint (Pink Pearl)
= FREE Limited Edition Clutch Collection Bag
Persoalan:
Kalau sudah beli barang-barang make up macam ni tapi tak reti pulak macam mana nak apply dekat muka sendiri.....

Jawapan:
Jangan risau. Dengan Mary Kay, kita akan ajar anda semua macam mana nak make-up.. FREE je... tak payah bayar apa-apa. sebab Mary Kay memang nak educate wanita supaya berdikari dan pandai make-up muka sendiri. BEST kan??? Jadi, apa lagi jom beli!!! dan belajar make-up.... call saya 0122783003 ~ Azreen.

==============
Untuk yang suka beraktiviti lasak di tengah-tengah sinaran matahari.. Ha ha ha.. Raya ni nanti kan kita asyik berjalan rombongan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Jadi Mary Kay ada buat promo untuk Sun Screen Protection.

Anda beli Mary Kay Sun Care Sunscreen Breed Spctrum SPF 50 + Sun Protector SPF 35 anda akan dapat Mary Kay Time Wise Foundation Primer dengan harga RM195.00 (Jimat RM80.00)



 
Kalau anda belum pernah memcuba barangan Mary Kay dan berminat untuk mencuba:-
Call saya : Azreen 0122783003 (",) saya sudi melayan anda

Tuesday, July 3, 2012

I Drive My Self Crazy (Part 2)

"Ain, cuba tengok apa yang Joe belikan untuk Ain." Aku letak kotak kertas berketebalan 2mm, bersaiz 200mm panjang x 200mm lebar x 200mm tinggi berwarna royal blue dihiasi reben berwarna pink terkejut berpolkodot putih bersaiz 2mm diameter 10mm centre to centre berkepanjangan 1400mm itu di atas bebendul yang betul-betul 200mm di hadapan Ain. Yes!! Ukuran kena tepat, Description harus penuh. Baru lah QS kan?.

"Apa ni??" berkerut-kerut la pulak. Padahal suka kot dapat hadiah aku bagi.

"Buka je la... Surprise!!!" Aku pula yang teruja melambong ke langit.

"Ain buka kat rumah lah. Segan kot nak buka hadiah kat tengah-tengah alam macam ni." Isk Ain ni...bengang pulak aku. Aku dah teruja-ruja nak tengok aksi dia. Boleh pula dia buat-buat sabar.

"Ala Ain... Buka la sekarang. Joe nak tengok Ain suka ke tak hadiah Joe tu"

"Joe, agak-agak lah kot. Tengah buat site valuation ni! Dah lah datang lambat. Berjam-jam Ain tunggu macam orang bodoh je kat sini. Lepas tu boleh pulak datang dengan berhadiah bagai,  macam tak ada tempat lain nak bagi. Surprise apa ke bendanya? Tu budak-budak kong tu pon semua dah jeling kat Ain. Entah apa yang dia orang fikir. Karang silap-silap dia orang ingat Ain ni entah apa-apa pula!"

"Ah. Lantak la orang lain nak cakap apa. Janji Joe bahagia dan akan pastikan Ain pon bahagia sama. Kita kan loving couple. Only God will separate us!" Sungguh bersemangatnya aku berkata-kata. Ain, Joe takkan lepaskan Ain lagi.

Ain terus bergerak ke hadapan tanpa mempedulikan hadiah yang aku letak tadi. Laju berjalan macam lipas kudung tanpa pedulikan aku.

"Ain! Tunggu lah..." Aku mencapai semula kotak hadiah tadi dan bergerak melangkah mengikut bontot Ain yang macam buah Pear tu sepantas kilat. Gila laju Ain jalan. Pelik sungguh, dalam construction site pon boleh selamba pakai heels 3 inci dia. Mentang-mentang dia QS consultant, suka-suka hati kauteem dengan SHO. Kalau orang lain dah lama kena tiup wisel, suruh keluar dari kawasan tapak bina. Paling sadis kalau kena denda!. Kagum betul aku dengan minah Ain ni. Siap boleh meniti bibir longkang dengan selamba je.

Parit tanah, parit dan sump yang baru dikorek tiga hari lepas penuh dengan air, semalam hujan tanpa henti selama 3 jam. Site basah sana sini. Aku berhati-hati mengelak tempat basah. Mahal kot seluar aku ni kalau kena lopak. Dalam berhati-hati itu. Malang memang tak berbau. Disebabkan tergesa-gesa macam nak mengejar Ain yang macam dah nak naik bas ekspress pulang ke kampung halaman, aku tersadung papan lapis yang melintang di hadapan aku. Kotak hadiah untuk Ain tadi melambung ke langit dan masuk ke... Oh TIDAK!!!!

Terkejut jaga! Mimpi lagi.. Aku tengok jam loceng di atas meja sebelah katil. Jarum jam baru menunjukkan pukul 3 pagi. Letih kot tiap malam mimpi pasal Ain. Letih otak, letih jiwa. Tekanan okay.

Ain... Kira-kira sudah lima bulan kot tak jumpa. Ain pon sudah tidak datang meeting dan site valuation. Aku diberitau Ain diarahkan menjaga projek lain. Tempat Ain diganti oleh Layha atau nama penuhnya Leha Binti Saat. Muka dan badan terbaik. Cun sungguh lah. Memang boleh angkat jadi awek tapi bila bercakap - hampeh! Sengau kot.

Ain...
Telefon tidak, SMS tidak, Whatsapp pon tidak. Twitter pon tak langsung update status. Hari-hari kot aku tengok dinding facebook Ain. Sama sahaja tak ada bezanya dengan status terakhir yang Ain buat 2 jam sebelum peristiwa itu.

Ainul Shaffia
Berdebar ~ Takut ~ Tak Sabar : Hari ni nak buat confession. Semoga diberikan kekuatan ;) wish me luck!!
Like . Comment . Share .


Bukan aku tak nak buat panggilan untuk Ain. Tapi aku tak ada kekuatan nak bercakap dengan dia. Nak buat panggilan ke pejabat Ain. Bukan aku tak pernah cuba, tapi tiap kali nak sebut nama Ain.. Aku tergagap-gagap tetiba. Tangan menggigil macam orang dapat parkinson. Peluh jantan pon siap keluar. Akhirnya aku bercakap dengan Layha. Tak faham pon apa yang Layha cakap dalam phone, nak coverline punya pasal. Aku redha.

Nak talipon Yana lah. Buat apa nak ingat pasal Ain. Dia pon dah entah ke mana?

Tut.. Tut... Tut.. Tut.. Tut...

Sunday, July 1, 2012

Kunjungan Hormat Uncle DD

Rabu, 27hb Jun 2012



Pukul 6.00 petang mak call, tanya saya dah balik keja ke belum. Mak bagitahu Mak Ngah, Pak Ngah and Uncle DD sekeluarga datang berkunjung. Uncle DD - sepupu ayah yang menginap di Singapura.

Hari tu saya balik lambat sebab nak siapkan tender. 7.45pm masih di tempat keja. Sangat-Sangat terharu sebab mereka sanggup menunggu kepulangan saya. Perjumpaan yang sekejap, tapi mesra. 1st time jumpa mereka semua. Speechless.

Kunjungannya sekeluarga dialu-alukan dengan penuh gembira oleh kami seisi keluarga. =) semoga hubungan ini kian erat. Sempat la ambik gambar. =). Mereka sekeluarga tiba di Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Dan akan pulang pada hari Ahad lusa. Sepanjang berada di Malaysia mereka menginap di sebuah kondo di Sentul (tak ingat nama kondo tu).

Sebelum balik Uncle DD ada tanye.. "Are you happy to see me?"

"Yes! I do!!"