Thursday, November 4, 2010

Susulan Daripada Cadangan Perlantikan Saya Sebagai Setiausaha Majlis Reunion Batch 87-92

Sebagai seorang anak kepada pasangan guru, saya dari kecil disuruh ke depan oleh emak dan ayah serta rakan-rakan sekerja mereka. Seawal minggu pertama persekolahan darjah 1 saya telah dilantik menjadi ketua kelas, diberi peluang memegang jawatan-jawatan penting semasa di sekolah, diasak untuk masuk pertandingan sana sini. Walaupun hati memberontak, tidak suka diaturkan ke mana arah tuju saya, saya akur. Jutaan terima kasih kepada mak, ayah dan cikgu-cikgu saya. Alhamdulillah saya berada di tempat saya berdiri sekarang disebabkan oleh asakkan-asakkan kalian dahulu. Sekarang saya punya kehidupan sendiri, berdiri atas kaki sendiri, berdikari, punya kehendak dan impian sendiri.


Saya bukan lagi budak yang nota pelajarannya kemas, supaya kawan-kawan boleh pinjam nota saya untuk buat rujukan. Saya bukan lagi seorang yang tidak kisah jika disuruh kehadapan, supaya dapat wakilkan kawan-kawan lain atau senang guru-guru melentur kerana mak dan ayah boleh melatih saya dirumah kerana mereka memahai apa yang diperlukan untuk tugasan saya. Saya bukan lagi seorang adik yang dari pandangan mata kalian semua dibayangi oleh kehebatan abang dan adik saya kerana kami punya kemahiran dan bakat yang berbeza.

Saya dah letih menjadi saya yang dahulu. Saya sangat-sangat berharap kepada orang yang berada disekeliling saya, tolonglah faham kehendak dan keinginan saya…  saya tak mahu lagi menjadi seorang yang ada kenal dulu. Saya lebih selesa berada dibelakang tabir. Saya nak buat apa yang saya suka. Diusia menjangkau umur 30 tahun ini, berilah kebebasan untuk saya. SEKIAN RASA HATI SAYA… 

No comments:

Post a Comment