Thursday, June 3, 2010

Suratan atau Kebetulan

Saya tak ingat detik-detik perkenalan saya dengan Danny. Kami sekelas masa mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM, Shah Alam. Jadi tiada sesi perkenalan khusus buat saya dan Danny. Apa yang saya ingat kami mula rapat bila sudah habis sesi pengajian. Kami sudah bekerja dan kebetulan di tempat yang berhampiran. Saya di RM Associates, sebuah firma perunding ukur bahan di Jalan Teratai Mewah Off Jalan Gombak dan Danny bekerja di firma kontraktor dan tempatkan di tapak projek Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang. Disebabkan saya bekerja ditempat yang sama dengan dua lagi rakan sekelas iaitu Nana dan Suzi, jadi kami dan Danny sering berhubung dan makan tengahari bersama-sama.


Kali pertama Danny ajak saya keluar ialah pada 14 February 2004. Kebetulan jatuh pada Hari Kekasih… Hmm disebabkan oleh kebetulan itu, ada yang bertanya kenapa saya keluar dengan Danny pada hari tersebut. Saya pon tak tahu jawapannya. Danny bukan kekasih saya, bukan kawan karib saya. Bukan juga kawan sekelas yang saya puja… Tiba-tiba dia mengajak saya keluar bersama-sama dan mungkin disebabkan oleh perbualan mak dan saya sebelum itu.
“Kau tak ada boyfriend ke?”
“Dah mak tak bagi keluar, macam mana nak ada boyfriend…”
Tapi ayat itu sebenarnya hanya nak bagi alasan kepada mak saya saja. Sebab saya memang ramai kawan lelaki… kawan-kawan sahaja bagi saya, kalau saya nak keluar rumah, memang tak ingat donia punya... lelaki bukan alasan saya sebenarnya. Sebab bila ada kawan lelaki ajak saya keluar, saya akan jawap… “Maaf mak aku tak bagi keluar” Kalau ada kawan ajak keluar malam, saya jawap “Mak aku tak bagi keluar malam…” sesuka hati saya sajakan. Janji tak terikat dengan sesape…


Berbalik pada dating antara saya dan Danny kali pertama. Kami hanya keluar makan sambil makan sambil berborak latar belakang diri dan mengenal hati budi masing-masing. Jujur disini saya katakan… saya memang tak pernah ambil tahu pasal Danny sebelum ini. Ketika itu baru saya tahu yang Danny terkantoi subject Professional Practice. Jadi dia masih lagi terpaksa masuk kelas untuk subject itu. Sebelum pulang, Danny ada cakap dengan saya “Reen, Disebabkan kau je kawan yang tinggal dekat dengan rumah aku. kau jadi awek angkat aku sajalah… Alah, sampai habis study aku ni je… Dah settle nanti, aku balik kampong keje kat sana… Boringlah tak ada member…” Saya hanya memandang Danny dengan senyuman.


Bermula pada hari itu, Danny selalu ajak saya keluar makanlah keluar minumlah. Namun saya tak pernah endahkan. Saya mula berfikir, kalau kami kerap berjumpa, pasti akan timbul perasaan lain selain daripada kawan. Almaklum, kan jantina kami tak serupa. Lagipon Danny nak saya jadi awek angkatnya saja. Jadi saya nekad untuk tidak melayan segala panggilan telefon dan SMS daripada Danny.


Saya terserempak dengan Danny ketika menghadiri konvo adik saya. Kebetulan adik saya dan Danny dikonvokan dalam sesi konvokesyen yang sama. Saya nampak Danny tersenyum ceria semacam memandang saya. Apakah??? Kami tak sempat berbual panjang, orang berasak-asak keluar dewan konvo. Danny berjanji untuk menalifon saya pada sebelah malam. Malam itu, saya menonton tv dengan asyik… Konsert Merdeka tak silap saya… bila masuk bilik untuk tidur saya periksa hp saya. Ada 25 missed call… Danny yang call… saya rasa macam kesian la pula kan.. jadi saya call Danny semula. Di sana, Danny menyambut panggilan saya dengan ceria… Kami berbual ringkas. Sebelum memutuskan panggilan telefon, Danny sempat bertanya saya… “Rin, bila kita nak kahwin???” Saya hanya menjawab “Hahahhha…. Oklah bye…”


Dua tahun selepas itu, saya dan Danny bertunang, dan tanggal 11 Mei 2007 iaitu setahun kemudian kami berkahwin.

Setelah kenal mengenal antara satu sama lain, saya dapat tahu Danny masuk UTM tahun 1996, menerima tawaran kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik sempat belajar hampir dua tahun lebih sebelum membuat keputusan berhenti daripada pengajiannya pada tahun 1998 kerana merasakan bidang elektronik bukan minatnya. UTM… Selain dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia, UTM juga cukup terkenal dengan jolokan Universiti Tendang Menendang… dan salah seorang yang hampir-hampir terlibat dalam aksi tendang menendang ini ialah Danny sendiri. Kelakar.. “Sebelum orang buang aku.. baik aku chow dulu…” Kemudian dalam tahun yang sama Danny terima tawaran Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam kursus Diploma Bangunan. Saya pula masuk ke UTM pada tahun 1998. Menghabiskan pengajian Diploma Ukur Bahan saya pada tahun April 2001. Kemudian saya dan Danny masa itu saling tidak mengenal antara satu sama lain… sama-sama mengisi borang permohonan untuk menyambung pengajian kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM Shah Alam. Kami sekelas… Disini kami bertemu… Hmmm… Kebetulan kah atau suratan kah???

April tahun lepas, kami menghadiri perkahwinan adik kepada kakak ipar Danny. Keluarga mereka menempah penginapan di Rumah Tamu UTM, Skudai. Disebabkan saya buat Diploma Ukur Bahan saya di UTM Skudai, saya sangat teruja bila diberitahu tentang itu. Ialah… dah lama meninggalkan UTM, pasti kami sangat teruja untuk kembali kesana. Semasa disana… kami pusing keliling UTM, melihat & mengimbau kembali kenangan masing-masing… kemudian saya terfikir sesuatu.. “Kalau abg tak berhenti dari UTM, sure kita jumpa kat sini kan??? Pastu… Pasal abg kat UiTM la.. Rin kene sambung degree kat UiTM pulak…”


Adakah ini kebetulan atau suratan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada saya dan Danny… Setiap apa yang berlaku ke atas saya, saya percaya ada hikmah disebalik semua ini… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui…

(Riwayat Muslim)
“…..Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata:Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku, Akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki. Sesunggunya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”.

2 comments:

  1. terus teringat kat lagu tu, ajen =P happy belated 3rd anniversary yeah?! nway nnt afi promote you kukiss kat kawan2. mcm abg buat. hehe. x tersempat je nk scribble something =P you go girl!

    ReplyDelete
  2. oh afi.. thank you very-very much!! Hehehhe...
    entry ni lambat post la... aritu lagi da buat.. x sempat.. so delay 1 month.. =P

    ReplyDelete