Thursday, November 29, 2012

ABANG KICHIK

Hi, sayalah kichik... Rasa-rasa boleh jadi model iklan makanan kucing tak?
 
 
Aritu sembang-sembang pasal Milo kan? hari ni sembang-sembang pasal Abg Kichik pulak hokkay!!

 Kichik adalah seekor kucing berwarna oren/red dan mrupakan anak Shera yang lahir pada bulan 7 2011. So umur Kichik sekarang dah 1 tahun 4 bulan lah! ;) Kichik lahir bersama-sama KakLong, CJ dan Tommy! Batch anak Shera yang paling ramai buat masa ini.

Kitorang bagi nama Kichik ni kat dia sebab:
  1. Sempena anak Shera yg terdahulu yang dah meninggal. Dah niat time tu... kalau dapat kaler yang mcm ni kita panggil Kichik gak ye...
  2. Dalam batch yg berempat tu.. kebetulan Kichik lah yang paling kecil sekali saiz badannya.
Yang best tentang Kichik ialah Kichik ni
  1. pendamai... kalau adik beradik bergaduh, dia tolong coolkan... mmg coool
  2. friendly... kalau kucing2 lain dtg rumah.. dia boleh ajak makan sekali... kenduri ramai2 (patut la cepat je abes makanan!!)
  3. sabar... redha je apa yang berlaku.. adik buli pon layan je...
  4. port tidur kat bawah kereta time tak bg msk rumah, tidur nyorok balik table cloth supaya org tak nampak dia. tak kacau dia dan bole tidur dengan aman
  5. kadang2 panjat perut nak tidur sama-sama.
  6. teman kat dapur bila memasak
  7. suka duduk menyandar kat dinding
  8. nak makan kukiss yang baru... yang dah masuk angin tak mau layan...
ok jom tgk aksi kichik...

En. Tesko... saya nak claim royalty!! Suka2 tau letak muka saya kat pembalut makanan.. mcm saye pelahap je!
 

Lepas bersantap... kita bersiram ye...
 

Abang Kichik dan Milo... berbezakan kaler dorang...
 
 
Saya redha je kalau Milo suka2 buat apa2 kat saye!! Budak Milo ni kurang kasih sayang... sebab mama Shera kena posting kat Sungai Parit, Sitiawan masa Milo baru brumur 3 bulan...
 
 
Leasure time....=)

Wednesday, November 28, 2012

BUSUK!!! NAK MUNTAH!!

Awas! Entri kali ini boleh buat anda muntah! Sila sediakan baldi!!

 
 
Okay! Dah ada baldi ni... nak buat apa?? Hehehe... Tahukah anda apa fungsi baldi ni?? Jom baca... Kejadian ini berlaku semenjak 3 hari lepas.
 
Situasi 1: Day 1: Petang
"Rin.. air kotorlah... berbau!!!"
"Oh ye ke? Tadi mandi okay je..." so saya pon buat bodoh je. sebab tak teringat langsung pon air yang dia ckp tu air tangki ke directline. Lg pon mandi dan memasak okay je sebelum tu.
 
Situasi 2: Day 1: Malam
"Uek!!! Eeee yerk!! baunye air ni nak muntah!!!" lepas berus gigi... Tapi still teruskan... Kuar dari bilik air...
"Bang, kenapa ek? Bau la air tu... BUSUK!!!"
"La... kan abang da cakap tadi. Rin buat bodoh je..."
"Bau bangkai aaah!! Bangkai apa ni??? Merpati ke Tikus!! !" huhuhu...
"Jap tengok air paip depan dengan sinki dapur!" En. Danny pon pergi lah check...
"Okay je air pili depan dengan sinki..."
"Tulah.. tadi masak tade pon rasa pape! Eh... air tangki!! Mak ai!! Bangkai ke???"
"Ah sudah... EEE yerk!! Kumuh2 mulot dah tadi!!! Nak muntah!!!Huhuhu... ala... macam mana nak mandi esok pagi nih!!!"
"Ala nanti abang ambik air kat luar bawa masuk dalam bilik air bawah..."
"Abestu tangki tu macam mana? Nak kena cuci tu..."
"Hmmm kena pergi site le ambik kayu.. nak kena panjat tu!! Sape la punya kerja!! Adoi!!"
 
Situasi 3: Day 2: Pagi
Alamak... takkan nak mandi dengan air sebaldi ni je! Adoi... Huhuhu...
Tengah lepak-lepak depan TV...
"Rin, dah mandi dah??"
"Dah..."
"Angkut air dari luar ke??"
"Tak lah... Rin mandi kat dapur... Hehhe dah angkut dah baldi letak dalam sinki. Body shampoo pon dah letak kat dapur semua..."
"Abes la lantai dapur"
"Ala tolak la air keluar... Bersih le lantai dapur sekali.. hehehhe"
"Abes macam mana? nak tengok tak tangki tu??"
"Nak pergi site ambik kayu. buat tangga. then kena panjat la! Gila aku dah terminum banyak tu! Sia* la... "
 
Erm.. yerk!!
By the way... masih belum lagi panjat coz 1. takde kayu yg ready untuk di mobilize and 2.takde idea nak panjat tangki ikut celah mana.. dan sampai saat ini dapur basah tu dah jadi bilik air ktorang =) sib baik la dapur tu pon sebesar bilik air bawah. dan ada split level so tak dan air nak masuk dalam rumah. Sian kan.. Huhuhu
 


Tuesday, November 27, 2012

New Toy


Hi all
Please meet my new toy cat named MILO!!

"Mama! Mama... Auntie Rin tu kelakar la kan... Kenapa dia panggil anak kucing dia Milo? Milo kan air, bukannye kucing!!"
"Kan kaler dia macam warna air Milo... jadi Auntie Rin panggil la anak kucing dia Milo.."
Perbualan Kak Zura dengan anaknya si gebu Damia lepas balik lawat Milo kat rumah saya. Hahha... Milo! Milo!

Milo keluar dari tut tut Shera tak ingat lah.. sometime on May 2012. ;) Time tu Shera beranak sepasang kitten. Yang betina berwarna hitam, yang jantan berwarna coklat susu.. Jadi saya namakan yang betina tu Kopi, yang jantan dengan nama Milo. Macam kaler milo kan?

Malangnya ada 1 pagi tu saya dapati Kopi dah hilang.. Mungkin ada jiran-jiran yang minat dan bawa balik Kopi ke rumah. Yang sedihnya.. Milo duduk je depan pintu dengan muka sedih sebab kembar dia hilang. Masa tu Milo pon baru je 3 bulan. Nak loncat sana sini pon tak berapa pandai. Saya rasa Milo nampak peristiwa Kopi dibawa lari. Sebab sampai hari ni Milo tak pernah keluar kawasan. Sian sangat. Nak lompat pagar pon tak berani.. Milo-milo...

Milo ni saya rasa dia special sikit kalau nak compare dengan anak2 shera yang lain sebab:
  1. Talking too much!! Dia suka datang dekat then cakap2 dalam bahasa dia dengan saya... Cakap banyak macam membebel pon ada. Dan kalau saya panggil nama dia. Dia menyahut! Hehehe
  2. Walaupun dah berusia 6 bulan.. Milo memang tak pernah jejak kaki kat tanah. Penakut ya amat... Then kalau saya buka gate pon, dia hanya jalan2 tak lebih dari kawasan tiles.. nanti dia mesti patah balik kat belakang.
  3. Port nak tidur kat atas meja kopi dengan 1st landing kat tangga.
  4. Ekor panjang. lebih panjang dari badan.. kadang2 nampak macam susah nak bawa ekor. slalu semput!
  5. Suka bawa kepala ikan nak makan depan TV
  6. Sejak terseliuh punggong... self esteem kurang. Nak loncat pon takut! Kadang2 Gigil.. amat terserlah lah...
  7. Bila rindu kat Shera... sbb saya dah hantar shera kt rmh mother in law... milo akan cari perut abgnye si Kichik untuk dinyonyot tetet nye... kadang2 sampai basah kuyup purot sampai ke dada Kichik dibuatnya... hampeh!! hah ha

KakLong kiri dan Milo kanan... sama kaler tp KakLong plain, Milo ada stripe! Shomelkan?






Thursday, November 8, 2012

Legasi Sihat dan Cantik

Sekarang saya dah create satu blog khas untuk saya share berkenaan sihat dan cantik dengan produk Mary Kay.




Sudi-sudi lah ye visit.

Jadi follower saya...

Tinggalkan blog address nanti saya buat kunjungan balas...

Thanks

Saturday, October 6, 2012

Cookies KuKISS untuk DoorGift

Hi kawan2 sekalian...

Saya ada menawarkan package2 menarik untuk sesiapa yang mencari Doorgift or Door Gift or Buah Tangan or apa sahaja yang kita panggil untuk itu. Bagi memeriahkan majlis perkahwinan, pertunangan, baby shower, aQiQah, reunion dan apa sahajalah.

Pilihan kukiss adalah seperti berikut...







untuk maklumat lanjut... sila hubungi saya ya... 0122783003 ~ Azreen Niza

Monday, September 24, 2012

PILLOW PARTY

Uols...
28 September ni our unit meeting akan anjurkan PILLOW Party. Party akan bermula pada jam 8.00 malam. Jemput semua hadir ye... OPS... Party ni just untuk PEREMPUAN sahaja. Nanti kalau nak datang uols just sms saya 0122783003, then uols datang make-up cantik2, pakai baju pijama dengan room slipper then.... bawa bantal yang WANGI!! coz bantal busyuk is NOT ALLOW. Then bawa juga plain pillow case ;) Okay... Jangan lupa okay 28 SEPTEMBER 2o12 bertempat di MARY KAY MALAYSIA, Tkt 8, Jaya 33, Petaling Jaya

OH!!! Jangan lupa make-up cantik2 okay!! Coz nanti ada photographer yang akan shoot gambar kita semua... (",)