Saturday, January 30, 2010

BoY... The Siamese Kitten

Tanggal 10 January 2010 kami bawa balik seekor anak kucing jantan Siamese species… Comel! Kami jangka berumur sekitar 4 minggu. Boy nama yang Danny berikan kepada anak kucing. Boy kami jumpa masa makan malam di sebuah gerai Nasi Briyani Gam Johor berhampiran pejabat saya di Bukit Rahman Putra. Sepanjang perjalanan balik, Boy senyap sepi tak berbunyi. Mungkin takut… mungkin sejuk disebabkan air-cond kereta. Sejurus tiba dirumah kami, kami mandikan Boy. Warna bulu Boy kelabu asap.. mula-mula sangka kami Boy berwarna putih, tetapi kelabu sebab kotor dan comot tinggal di gerai tadi. Boy masih tidak berbunyi masa kami mandikan. Setelah dikeringkan bulunya dan diberi makan, Boy tidur dengan nyenyaknya.

Keesokkan paginya, Boy mula buat bising tanda lapar. Lepas diberi makan, Boy akan senyap. Sepanjang saya dan Danny tiada dirumah, kami kurungkan Boy di dalam bilik air tingkat bawah dengan bekalan makanan. Selalunya Danny yang lebih mengambil berat tentang Boy. Makan minum Boy, cuci najis Boy, mandikan Boy… segalanya lah diuruskan oleh Danny.

Saya bukannya seorang yang sukakan kucing. Tapi saya mula rasa tenang dan segala rasa stress dengan kerja-kerja yang melambak-lambak di office hilang bila dengar Boy bising bila sedar kehadiran saya. Bila kami balik saja, Boy seperti menyedari kehadiran kami dan mula buat bising… Kalau kami berada ditingkat atas, Boy diam… bila kami turun tingkat bawah saja tak sampai seminit, Boy akan bising… Kami lepaskan Boy bila kami lepak-lepak depan Kebun Sekangkang Kera kami… Boy manja, mana kami pergi, kat situ Boy berada… dia tak pernah nak merayau-rayau ke tempat lain. Selalunya Boy suka duduk dalam pangkuan saya… kadang-kadang sampai terlena… Dan kini Danny cakap… “Hah… baru la boleh panggil rumah… ada pokok-pokok bunga… ada kucing… kan best…” dalam diam, saya setuju pendapat suami saya.

Tanggal 24 January 2010, Mustafa kawan Danny datang kerumah untuk beri sepasang anak kucing miliknya kepada kami. Yang jantan diberi nama Chaples dan yang betina diberi nama Sheera. Pasangan anak kucing ini berusia 4 bulan. Bila Danny keluarkan Boy, Chaples dan Sheera yang ketakutan. Tak tahu apa pasal… padahal Boy sangat-sangat kecil berbanding dengan Chaples dan Sheera.



Sheera kecil sikit je daripada Chaples

25hb January- Malam itu bila saya balik dari office, saya bertanya pada Danny, Boy mana?? Sebab tak ada bunyi bising menyambut kehadiran saya… Chaples dan Sheera jenis kucing yang tak reti buat bising… Danny kata Boy tidur… Saya pon tak menjenguk terus ke bilik tidur dan BOOM!!! Tak sedarkan diri… Keesokan paginya sementara saya bersiap ke tempat kerja, Danny seperti hari-hari sebelumnya turun ke tingkat bawah untuk menyediakan makan & minum kucing-kucing kami. Bila saya turun, saya lihat Boy dah berada di atas meja, terbaring dan tidak bermaya seolah-olah menanggung sakit yang amat perit.. Danny mengusap-usap kepala Boy. “Dah tak lama dah ni Rin… Abang jumpa pon dah macam ni..” Saya suruh Danny bawa Boy ke klinik… Danny kata dah tak ada harapan.


Pagi tu Danny hantar saya ke pejabat. Sepanjang perjalanan, Danny dan saya berfikir apa yang sebenarnya terjadi kepada Boy… Boy tak menunjukkan apa-apa masalah sepanjang bersama kami sebelum ini. Lepas sahaja menghantar saya ke office, Danny terus pulang ke rumah kami dengan rasa tidak sedap hati. Setiba dirumah, Danny dapati Boy dah tidak bernyawa… Sedih… Danny SMS saya.. “Rin.. Boy dah mati…” Saya sedih sekejap membaca sms itu. Hmmm…. Sempat saya meng-update status di FaceBook saya dan terus dengan kerja-kerja saya sebab masa tu ada client sedang menunggu saya di hadapan reception counter…

Terima kasih kawan-kawan yang mengambil berat

Setelah kerja-kerja selesai, saya minta Danny ambil saya… kami makan malam di Ani Sup Utara Damansara Damai… sambil menunggu makanan tiba, Danny mula bercerita tentang Boy… Kami sedih… ada titis-titis jernih jatuh kepipi… Saya tak pernah rasa macam ni… Kami berharap kami dah buat yang terbaik untuk Boy… dan memohon agar kematian Boy bukan atas kesilapan kami menjaganya…

Sekarang tinggal Chaples dan Sheera bersama-sama kami… Walaupun Chaples dan Sheera lebih comel, lebih manja, dan lebih gebu… Boy masih dihati kami!! Lebih kurang lima belas hari Boy bersama kami.. Walaupun tak lama tapi Boy tetap dalam kenangan…

Boy ketika disemadikan


Thursday, January 28, 2010

Kebun Sekangkang Kera...


Danny kata “Rumah kita complete kalau kita ada pokok-pokok bunga dan kucing…” Bulan lepas kami dah mula berjinak-jinak dengan menanam pokok-pokok renek. Pokok-pokok ini semua kami beli daripada Nursery dekat belakang Hospital Sungai Buloh. Kalau siapa-siapa yang minat dengan soft landscape dan pokok-pokok bunga pasti tahu tempat ini. Dah agak lama juga ajak Danny pegi tengok Nursery tu, macam-macam alasan, tak tahu tempat la… Nanti dulu la.. Pokok mahal2 la… macam-macam….

Akhirnya 27hb Disember saya berjaya juga bawa Danny ke situ. Wah terkejut ber0k dia tengok tempat tu… Dia tak sangka Nursery sebesar itu. Paling best… bab-bab nak membeli.. tanya: pokok ni berapa Ringgit? jawapan: RM2 satu pokok…. tanya lagi (pokok lain): yang ini berapa Ringgit Auntie…? Jawapan: RM 2 satu pokok…. “Mak aaii murahnye….” Hahahha saya lebih kepada tengok gelagat Danny daripada tengok pokok sebab saya memang selalu temankan mak dan ayah saya beli pokok di situ jadi tak lah terlalu excited.. Jadi kali pertama pergi ke sana, kami beli 5 batang pokok Puding dan 5 batang lagi pokok alamak tak tau la pulak namanye… nanti saya ambik gambar pokok yang saya pilih ni… dan 3 bungkus baja compose (Baja tahi ayam sebenarnya… mereka-mereka disana nak bagi glamor tak nak sebut. Lagipon kalau baja tahi ayam cap ayam pon tak best jugak bunyinya…) semua sekali saya habiskan RM30.00!! Sangat murah ye tuan-tuan dan puan-puan…

Maka semenjak itu bermulalah episod tanam menanam dalam hidup kami sekeluarga. Hampir tiap petang hujung minggu kami menghabiskan masa ke Nursery mencari pokok baru… hasilnya wah banyak nye pokok kat rumah saya sekarang ni??? Tanam pokok ni pon jadikan Danny saya sangat komited dan bertanggungjawab untuk memastikan tanaman hidup dengan subur dan segar. Bangun saja pagi-pagi, keluar siram pokok… Kalau pergi mana-mana pula, kena make sure sampai rumah sebelum pokok-pokok kami layu.


Bila dah mula tanam pokok.. mula lah fikir nak buat macam-macam… Nak buat pergola la… Nak buat planter box la… Ada rasa bahagia la jugak rasanya… Lepas je makan malam, kami berdua lepak-lepak depan rumah sambil tengok-tengok pokok-pokok kami. Danny kata “Rin kalau macam ni.. abang nak buka Nursery la… Senang je nak jaga pokok-pokok ni….” Wah… macam-macam sang suami ni… Disebabkan minggu lepas saya sangat sibuk di office, saya rasa bersalah kerana terpaksa biarkan Danny sorang-sorang dirumah. Sesekali saya menalipon..."Abang kat mana??" jawapan Danny "Abang kat Kebun Sekangkang Kera..." Hahhaa... oh hohoho bukan itu bahagia ke??? hmmmm.... sekarang kami dah ada pokok… Hmmm Kucing?? Bila lagi?????.... Nantikan Entry saya berikutnya…

Thursday, January 21, 2010

Kick Off!!

Entri blog ni berstatus fresh... Walaupun hari ni adalah hari "Lemau" sedunia bagi office saya sebab semua orang sangat sibuk dengan kerja-kerja yang kena disiapkan pada dateline yang sama. Berhari-hari malah bukan saja berminggu tapi hampir-hampir berbulan-bulan kami mengerjakan task yang sama.. Dah lunyai badan rasanya!! Ok kita lupakan saja kisah lemau dalam dunia saya. Lihat persekitaran, ambik ikhtibar dan maju kehadapan!! Yeay saya rasa kembali bersemangat!!
Dah lama nak mulakan sesuatu yang baru... Azam baru... cara hidup baru... perspektif baru... tapi susah sangat nak mula! Kenapa ek?? Teringat pula dengan kata-kata bos saya masa lunch tengahari tadi... "Orang pandai tapi tak ada disiplin hidup dalam diri, sampai bila-bila pon tak akan berjaya!!" So, pokoknya disini adalah disiplin diri... Nampak sangat saya ni tak berdisiplin orangnya.. semua kerja banyak tertangguh.. rancangan-rancangan pon banyak tak berjaya. Banyak angan-angan Mat Jenin saja.. Mungkin sebab itu mak saya selalu tak percaya pada diri saya.. kemampuan saya... Oleh itu saya harap lepas ni saya boleh mulakan rancangan saya, impian saya dan angan-angan saya dengan jayanya... tapi rasanya bukan disiplin saja yang penting... APA yang PENTING??? KERJASAMA... Mak aaia.. apa ni...
Macam mana nak mula??? Planning lah!! paper work melambak-lambak pon tak guna kalau tak ada permulaannya.. Jadi untuk blog entry pertama ni.. Hari ni adalah kick-off untuk bermulanya perancangan saya untuk aktif dengan Blog ini dengan jayanya!!! YEAH!! Dengan SEMANGATnye!!