Friday, June 29, 2012

I Drive My Self Crazy.... (Part 1)

Ain! Ain! Ain!!! Oh Tuhan, kenapa semua nampak muka Ain je ni???? Tengok TV nampak muka Ain, buka peti sejuk, kotak air susu pon nampak muka Ain, masuk bilik air nak mandi pon nampak muka Ain juga. Sebab bath cream tu Ain yang belikan. Huhuhu parah-parah!

"Joe, kau nak tak pisang goreng ni??? Kalau nak, aku tinggalkan sikit. Aku lapar gila ni!"

Hmmm kalau ada Ain, mesti Ain yang habiskan. Ain suka pisang goreng. Kalau makan dengan sambal kical lagi masyuk!! Sedap gila!!!! Keluar air liur!!  Kejap... Ain lagi... Adoi! Apa kena dengan aku ni???

"Joe, dah 20 minit aku tengok kau tenung pisang goreng tu... sudah-sudah la ingat kat Ain... Dulu dia nak kat kau. Kau yang tolak! Come on lah!!! tak payah buat muka macam tu..." Is dah mula bebel dah. Kalau tak dihentikan mau esok pon aku dengar radio malaya ni.

"Aku bukan ingat kat dia lah!! Aku tengah fikir macam mana aku nak makan pisang. Habis lah diet aku.. Susah kot nak turun 2Kg!!" Alasan.... Iskandar ketawa terbahak-bahak....

"Lagi pon apa kelasss nak makan pisang goreng malam-malam ni. Oh tak la... Sekeping pisang goreng tu 170kcal tu. Kau dah makan 10 keping kan? 3 hari pon tak habis bakar. Dah la kau makan nasi lemak pagi tadi. Tengahari kau belasah Big Mac pulak!"

"Tak payah nak cover la weh... Kau bukannya turun berat sebab kau diet.. Kau kemaruk nak jumpa Ain tapi malu!" gelak Iskandar tak habis lagi.

"Mana ada!!" Masih tak nak ngaku lagi tu... 

"Is, jom ikut aku pergi mall petang esok. Yana suruh aku cari CD Nsync. Ntah apa yang best sangat tu tak tau la... tengok je la kat youtube. Sibuk suruh aku cari jugak. Free tak?" Joe tepuk bahu Iskandar yang tiba-tiba serius menghadap komputer ribanya.

"Okay." mata Iskandar masih merenung skrin komputer.

"Kau tau tak kat mana kedai CD tu?"

"Tak la... CD dalam kereta aku tu pon semua Ain yang bagi."

"Ain lagi... Ain jugak... Hahahha... Dah la pergi masuk tidur la wei... Jumpa Ain dalam mimpi..." Is baling pemadam getah yang ada di atas meja kerjanya ke muka Joe.

"Ah sial! sempat aku elak!! Ini Johari Kampung Serdang lah, takat pemadam bodoh kau tu takde mendanya... Peluru M16 pon aku pandai elak!!" Aku cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik tidur. Hmmm penatnya hari ni.. tutup lampu tidur lah.

15 minit
Mata sila tidur Okay!! mata lah mata sila la tidur...

30 minit
Badan letih. Jiwa? Lagi letih kot... Ain buat apa ek? nak call tak??? eh tak payah la... dia marah kat aku kot.

----------------------------------------------------

"Joe, Ain nak cakap sikit la"

"Eh, macam mana tender semalam? Dah okay dah? Sempat submit tak?"

"Okay je. Sempat la hantar tender.. Drive 140km/j kot. Gila laju nasib baik sempat.. Hehhe"

"Ah Seng quote murah tak GFRC tu???"

"Boleh tahan la... murah gak compare sub-con lain. Joe, Ain nak cakap sikit. Hmmm..."

"So ada tender baru ke??"

"Ada. Eh tak nak la cerita pasal kerja... Bosan! Ain nak cakap benda lain"

"Emmm.. Apa dia???"

"Ain... ain... ain..."

"Apanya??? Cakap je la tetiba gagap kenapa? Hahha nak kena ketuk kepala ke apa?"

"Ain nak buat confession..."

"Confession apa?? Nyesal baru beli handbag Coach lagi?? Hai perempuan..."

"Tak la... tak pernah pakai coach ok..."

"Abis tu apa??? Nak kawen?"

"Tak la... Joe, Ain nak buat confession. Ain rasa Ain dah ada sesorang dalam hati Ain..." Ain memberikan senyuman paling manis. Glup.... Adoi manisnya manisnya senyuman mu... hehhe  tapi, biar betul minah ni. Badan dah sama besar dengan peti ais. Ada hati nak bercinta. Ah sudah!!!

"Oh ye? Siapa jejaka malang tu?"

"Tak baik tau kata jejaka tu malang. Kalau Joe lelaki malang tu macam mana??" Muka Ain berubah kelat. Ala sensetif la pulak minah ni.

"Sorry. Tak payah la ambik serius sangat. Oklah, siapa lelaki bertuah tu?" dengan nada memujuk.

"Joe lah.. Ain rasa Joe ni soulmate Ain. Kita kan close. Kita ni dah rapat sangat mestilah timbul rasa sayang. Sehari tak jumpa Joe, macam tak lengkap lah hidup Ain. Rindu gila tak tahan... Malam mesti teringat-ingat. Hehhe... Joe je yang faham perasaan Ain... " Biar betul minah ni?? Terbeliak mata aku dengar ni. Nak terkeluar tahi telinga ni.

"Every single thing we share togather. Susah. Senang. Sedih. Gembira. Kita kan kawan dah lama...  Joe, kenapa buat muka macam tu? Dengar tak Ain cakap apa ni?" Gila ke apa aku nak couple dengan peti ais?

"Joe, diam je... Joe... Are you okay???" Ain yang tadi excited sangat bercakap macam dah sampai ke langit mula berpijak di bumi nyata.

"Ain, kan Ain dah tahu yang taste Joe macam mana... Ain pon dah tahu kan Joe dengan Yana..." Apsal tetiba aku declare Yana girlfriend aku ni? Laju signal kepala sampai ke mulut. Syncronize sungguh!!!

"Ain dah agak dah..." Muka Ain mula berubah semula. Nampak sangat sedihnya. Air mata dah mula berkaca-kaca... Alamak dah start nak bertakung!

"Ain..." Aku cuba nak tenteramkan Ain. Tanpa aku sedari tangan kiri aku dah memegang siku Ain. Ain cuba menepis.

"Ain tau. Joe suka perempuan yang comel, kurus, soft spoken bla bla bla.. huhuhu... Tapi Ain dah cuba berusaha untuk memenuhi kriteria yang Joe nak. Ain dah setahun kot tak makan. Ain korbankan selera makan Ain selama ni. Semua ni Ain buat untuk Joe.." Air mata Ain dah mula membasahi pipi..

"Ain... Ain..." Badan Ain terhenjut-henjut hiba. Mata aku pon dah mula basah kembang tapi masih ada control macho disitu. Aku cuma perasan dalam kabur... bayang tubuh Ain berlalu menjauh.



2 comments:

  1. Tacing tau citer u..sila smbung episod seterusnya!i tguuuuu..
    norazninaerpan.blogspot.com
    sempt promote!

    ReplyDelete
  2. touching ke?? Hahha ada chance nak tulis novel ni.... BTW
    =) tunggu tau... next part!!!

    ReplyDelete