Tuesday, July 3, 2012

I Drive My Self Crazy (Part 2)

"Ain, cuba tengok apa yang Joe belikan untuk Ain." Aku letak kotak kertas berketebalan 2mm, bersaiz 200mm panjang x 200mm lebar x 200mm tinggi berwarna royal blue dihiasi reben berwarna pink terkejut berpolkodot putih bersaiz 2mm diameter 10mm centre to centre berkepanjangan 1400mm itu di atas bebendul yang betul-betul 200mm di hadapan Ain. Yes!! Ukuran kena tepat, Description harus penuh. Baru lah QS kan?.

"Apa ni??" berkerut-kerut la pulak. Padahal suka kot dapat hadiah aku bagi.

"Buka je la... Surprise!!!" Aku pula yang teruja melambong ke langit.

"Ain buka kat rumah lah. Segan kot nak buka hadiah kat tengah-tengah alam macam ni." Isk Ain ni...bengang pulak aku. Aku dah teruja-ruja nak tengok aksi dia. Boleh pula dia buat-buat sabar.

"Ala Ain... Buka la sekarang. Joe nak tengok Ain suka ke tak hadiah Joe tu"

"Joe, agak-agak lah kot. Tengah buat site valuation ni! Dah lah datang lambat. Berjam-jam Ain tunggu macam orang bodoh je kat sini. Lepas tu boleh pulak datang dengan berhadiah bagai,  macam tak ada tempat lain nak bagi. Surprise apa ke bendanya? Tu budak-budak kong tu pon semua dah jeling kat Ain. Entah apa yang dia orang fikir. Karang silap-silap dia orang ingat Ain ni entah apa-apa pula!"

"Ah. Lantak la orang lain nak cakap apa. Janji Joe bahagia dan akan pastikan Ain pon bahagia sama. Kita kan loving couple. Only God will separate us!" Sungguh bersemangatnya aku berkata-kata. Ain, Joe takkan lepaskan Ain lagi.

Ain terus bergerak ke hadapan tanpa mempedulikan hadiah yang aku letak tadi. Laju berjalan macam lipas kudung tanpa pedulikan aku.

"Ain! Tunggu lah..." Aku mencapai semula kotak hadiah tadi dan bergerak melangkah mengikut bontot Ain yang macam buah Pear tu sepantas kilat. Gila laju Ain jalan. Pelik sungguh, dalam construction site pon boleh selamba pakai heels 3 inci dia. Mentang-mentang dia QS consultant, suka-suka hati kauteem dengan SHO. Kalau orang lain dah lama kena tiup wisel, suruh keluar dari kawasan tapak bina. Paling sadis kalau kena denda!. Kagum betul aku dengan minah Ain ni. Siap boleh meniti bibir longkang dengan selamba je.

Parit tanah, parit dan sump yang baru dikorek tiga hari lepas penuh dengan air, semalam hujan tanpa henti selama 3 jam. Site basah sana sini. Aku berhati-hati mengelak tempat basah. Mahal kot seluar aku ni kalau kena lopak. Dalam berhati-hati itu. Malang memang tak berbau. Disebabkan tergesa-gesa macam nak mengejar Ain yang macam dah nak naik bas ekspress pulang ke kampung halaman, aku tersadung papan lapis yang melintang di hadapan aku. Kotak hadiah untuk Ain tadi melambung ke langit dan masuk ke... Oh TIDAK!!!!

Terkejut jaga! Mimpi lagi.. Aku tengok jam loceng di atas meja sebelah katil. Jarum jam baru menunjukkan pukul 3 pagi. Letih kot tiap malam mimpi pasal Ain. Letih otak, letih jiwa. Tekanan okay.

Ain... Kira-kira sudah lima bulan kot tak jumpa. Ain pon sudah tidak datang meeting dan site valuation. Aku diberitau Ain diarahkan menjaga projek lain. Tempat Ain diganti oleh Layha atau nama penuhnya Leha Binti Saat. Muka dan badan terbaik. Cun sungguh lah. Memang boleh angkat jadi awek tapi bila bercakap - hampeh! Sengau kot.

Ain...
Telefon tidak, SMS tidak, Whatsapp pon tidak. Twitter pon tak langsung update status. Hari-hari kot aku tengok dinding facebook Ain. Sama sahaja tak ada bezanya dengan status terakhir yang Ain buat 2 jam sebelum peristiwa itu.

Ainul Shaffia
Berdebar ~ Takut ~ Tak Sabar : Hari ni nak buat confession. Semoga diberikan kekuatan ;) wish me luck!!
Like . Comment . Share .


Bukan aku tak nak buat panggilan untuk Ain. Tapi aku tak ada kekuatan nak bercakap dengan dia. Nak buat panggilan ke pejabat Ain. Bukan aku tak pernah cuba, tapi tiap kali nak sebut nama Ain.. Aku tergagap-gagap tetiba. Tangan menggigil macam orang dapat parkinson. Peluh jantan pon siap keluar. Akhirnya aku bercakap dengan Layha. Tak faham pon apa yang Layha cakap dalam phone, nak coverline punya pasal. Aku redha.

Nak talipon Yana lah. Buat apa nak ingat pasal Ain. Dia pon dah entah ke mana?

Tut.. Tut... Tut.. Tut.. Tut...

No comments:

Post a Comment