Thursday, February 23, 2012

ETS ~ Cerita Lapuk

Ni cerita entry yang patutnya dipostkan pada suku ke-3 tahun lepas. Walaupun dah agak basi, tapi rasanya ada je orang nak bacakan?? Hehhe...

Masa tu akak dapat notis meeting SK Convent Ipoh. Encik Somi ada kat Ipoh pula masa tu outstation, jadi memang malas sangat nak drive ke Ipoh sebab dia plan nak balik ke rumah pada petang hari yang sama meeting tu berlangsung. Setelah berbincang dari hati ke hati hehhe jadi akak pon plan la nak try naik ETS. Yang masa tu digempar gemburkan best gila oleh orang-orang Ipoh (penduduk Ipoh yang selalu datang mesyuarat la kan... sape lagi kalau bukan the Megats). Bila lagi kan nak cuba ETS ni kalau bukan ini peluangnya kan??? Jadi cadangnya pergi meeting ke Ipoh naik ETS, balik semula ke KL bersama Encik Somi. Akak pon contact la Pakcik Google pasal ETS ni. Jadi akak pon surf la net http://www.ets-train.com.my kat sini memang ada banyak info pasal ETS ni. 

Memandangkan meeting akak pukul 11.00 pagi, akak kena ambik train paling awal iaitu jam 8.00 pagi. Akak pon fikir sape nak hantar akak pergi KL Sentral itu. Tiket kena beli dekat kaunter ETS sahaja. Kaunter ETS hanya ada di stesen keretapi Ipoh, Kampar, Batu Gajah, Tapah Road, Slim River, Sungkai, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bahru, Rawang, Sungai Buloh, Old KL Railway Station, KL Sentral, Kajang dan Seremban. Maka akak mengarahkan Cik Nina supaya hantar akak pepagi buta ke KL Sentral untuk merealisasikan plan akak ni. Nasib baik Cik Nina murah hati nak ikut arahan paksa rela akak ni maka kami pon berjanji nak keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi supaya akak sempat beli tiket dan naik ETS ni.

Oh ya, ETS terbahagi kepada 3 jenis iaitu ETS Premium, ETS Gold dan ETS Silver. Apa beza Premium, Gold dan Silver ni ye? Okay bezanya adalah berapa kali train berhenti. Bila banyak berhenti makanya lambat la sampai ke destinasi kan. Bila lambat sampainya maka murahlah tambangnya...

Train yang gerak pukul 8.00 pagi adalah ETS Premium. ETS Premium ni adalah train direct daripada KL ke Ipoh non-stop. Harga tiket untuk ETS Premium ni adalah RM45.00 sorang.   Naik train dari KL Sentral tepat pukul 8.00 pagi kemudian dia akan berhenti ambik penumpang dekat Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Old Railway Station) tepat pukul 8.03 pagi  dan kemudian terus je beralun-alun ke Ipoh dalam tempoh masa 1 jam 58 minit. Maksudnya pukul 9.58 pagi memang dah sampai dah kat Stesen Keretapi Ipoh. Canggihkan... 



Kita tak boleh suka-suka tau selamba badak masuk coach mana kita suka. Kena ikut apa yang tulis dalam tiket. Dalam coach ada macam pramugari hehhe tapi bukan flight attendance tapi mereka-mereka adalah train attendance. Dorang yang check ticket kita, tunjuk mana seat kita kemudian bagi makanan untuk kita. Akak dapat makan tau dalam coach. Kira syukur sangat sangat masih sempat kenyang walaupun tak sempat breakfast sebab nak kejar train.

Minuman boleh pilih nak Coffee ke Tea, Makanan  boleh pilih sama ada nak sandwich ke atau  bun. Akak pilih coffee and sandwich. Sedap jugak la untuk perut yang lapar ni =)
TV dari pandangan tempat duduk akak =) Dengan perjalan 1 jam 58 Minit memang ngam-ngam dapat tengok 1 movie!!

Boleh breakfast sambil sambil tengok movie. Coach ETS ni memang berbeza dengan coach komuter. Sangat selesa dan ada cafe. Tak silap akak tiket ETS Premium sahaja yang beserta snek. ETS Gold dan Silver penumpang boleh beli di Cafe yang terdapat di dalam coach. 

ETS bergerak dalam kelajuan lebih kurang 135km/j. Memang laju la kan. Jadi jangan hairan tepat jam 9.58 pagi akak memang dah sampai di Stesen Keretapi Ipoh. Sampai je sana, buka je pintu coach semua penumpang meluru keluar. Memang kagum gila sekejap sebab first time sampai Ipoh dengan train kemudian memang sampai tepat pada masa yang dinyatakan di dalam tiket. 

Okay dah cerita pasal travel guna ETS, mari kita sembang pasal cost pula. Akak kan QS. QS kan kena buat cost comparison... Memang tak sah kalau tak buat cost comparison ni kan? Jadi jom kita kira:

Naik Kereta Sendiri (return journey dari rumah ke destinasi SK Convent Ipoh):
Drive dari rumah terus ke Ipoh (mileage yang selalu claim ke office). Ikut Guthrie Expressway masuk entrance Paya Jaras ke Rawang tol: RM1.40. Masuk Plus Highway menuju ke Utara dan keluar exit Simpang Pulai, bayar tol: RM22.00. Mileage claim dari rumah ke SK Convent Ipoh RM0.60/km x 190km = RM114.00. Jadi total cost adalah sebanyak RM137.40/kereta (1 way) return = RM274.80.

Naik ETS (return journey dari rumah ke destinasi SK Convent Ipoh):
Drive dari rumah ke KL Sentral mileage claim = RM19.80. Tol Sg. Buloh - Jalan Duta = RM1.90, Tiket ETS Premium (KL Sentral ~ Ipoh) = RM45.00, Tambang teksi dari Stesen Keretapi Ipoh ke SK Convent = RM7.00, Tambang teksi dari SK Convent ke Stesen Keretapi Ipoh = RM7.00, Tiket ETS Gold dari Ipoh ke KL Sentral = RM22.00, Parking Fee untuk park kereta dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 5.30 petang = RM 4.00 x 10 jam = RM40.00, Tol Jalan Duta-Sg. Buloh = RM1.90 dan mileage dari KL Sentral ke rumah = RM19.80. Jadi total cost adalah sebanyak... RM164.40

Pendapat akak, kalau travel sorang memang berbaloi-baloi lah nak naik ETS. Tak penat, dalam train pon boleh saja tidur tiduran. Kalau tak nak tengok movie, boleh baca mag or novel. Tapi kalau saja-saja nak bawah anak-anak sedara sepapat travel naik ETS ni macam tak berbaloi-baloi je gayanya... 

Apa-apa pon pilihan di tangan anda ye... 

Sekian

2 comments: