Thursday, September 6, 2012

Salam Syawal Maaf Zahir & Batin

Harap-harap masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan Salam Syawal untuk semua yang sudi membaca blog saya ni. Salam Syawal. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada tersinggung perbuatan, tersasul tutur kata sepanjang kita kenal mengenal dalam kehidupan ini.
 
Sepanjang Ramadhan saya tak sempat mengupdate blog. Sebulan berpuasa semuanya berlalu dengan pantas. Harapan segala amalan yang dititip sepanjang Ramadhan harap dapat diteruskan walaupun Ramadhan dah melabuhkan tirainya semoga diketemukan Ramadhan akan datang dan dapat berusaha meningkatkan amal dan keimanan.

Syawal tahun ni mengukir sejarah tersendiri dalam hidup saya. Menyambut dalam kesederhanaan tapi penuh kebahagiaan. Pertama kali dapat turut serta menunaikan solat sunat Aidilfitri, terasa sayunya Ramadhan itu berlalu. Semoga akan diberi peluang untuk turut serta pada tahun mendatang.
 
Alhamdulillah dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga terdekat sepanjang lebaran tahun ini. Mak & Ayah, Abang & Adik sekeluarga, Mak dan ayah mertua dan semua ipar duai, anak-anak sedara sekalian, Nenek, Pak Ngah & Mak Ngah.
 
Salam Syawal dari saya sekeluarga. Maaf Zahir & Batin
 
 

No comments:

Post a Comment