Wednesday, February 22, 2012

J.O.P

Akhir-akhir akak dok sakit pinggang sangat-sangat. Then lemah-lemah badan. Akak dah cakap dah dengan Encik Somi yang akak nak cari tukang urut. Cuma belum terkeluar dari mulut lagi kawan akak cik Honey dah siap-siap call tanye akak nak tak pegi berurut. Dia nak tolong tunjukkan rumah makcik tukang urut kat Padang Jawa tu, jadi apa lagi akak pon ON je lah. 

Ok sampai sana, makcik tukang urut tu pon cakap la akak ni sakit pinggang sebab akak J.O.P... lasak sangat bekerja dan suka sangat angkat barang berat berat,  hehhehe pernah tak korang dengar pasal J.O.P? ok jom kita cite citun pasal J.O.P ni.

J.O.P. adalah singkatan kepada Jatuh Organ Peranakan. Mengikut statistik perubatan JOP adalah perkara biasa yang terjadi kepada separuh daripada bilangan wanita di dunia dan lazimnya akan dialami oleh wanita yang pernah melahirkan anak. Walaupun ramai wanita menghidap JOP, lazimnya ramai yang tidak mendapatkan rawatan perubatan memandangkan keadaan JOP ini tidak mengganggu kehidupan seharian, tidak mengancam nyawa dan ianya hanya mengundang ketidak selesaan dan gangguan emosi sahaja.

JOP juga dikenali sebagai prolaps keadaan di mana rahim seakan melorot kebawah melalui saluran faraj. JOP atau prolaps ini merangkumi beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Peringkat awal: hanya jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan biasa. Kebanyakan wanita tidak menyedarinya kecuali membuat pemeriksaan doktor atas tujuan lain contohnya Pap Smear.
  2. Peringkat kedua: kedudukan rahim jatuh melorot sehingga boleh dilihat dipintu faraj. 
  3. Peringkat akhir: rahim keluar dipintu faraj dan ia lebih dikenali sebangan tombong
Sumber; Pakcik Google: Malu nak tunjuk tapi kalau tak ambik tau memang tak tahu!!!
Ni dah Peringkat Akhir serious kritikal rahim sampai keluar dari  Faraj... Ngerikan isk isk isk takutnye... Yang macam ni la yang org gelar Tombong... :'(
JOP boleh berlaku apabila otot dan ligamen pelvis menjadi lemah akibat daripada kehamilan dan bersalin, usia dan monopos, obesiti dan ketumbuhan seperti fibroid yang besar, sembelit dan sukar membuang air besar serta batuk yang berpanjangan. Faktor-faktor berikut juga menyumbang kepada terjadinya JOP iaitu mengangkat bebanan berat yang berlebihan, keturunan; dimana ibu atau nenek wanita tersebut juga mengalami masalah JOP, menjalani pembedahan pelvis dan pembetulan pundi kencing, kelahiran yang mengambil masa meneran yang lama atau kelahiran normal yang menggunakan bantuan forsep atau vacum di mana ia berupaya merosakkan ligamen dan otot disekeliling faraj. Pendek kata apa sahaja aktiviti yang boleh memberi tekanan kepada rahim boleh menyebabkan JOP ini.

Bagaimana anda tahu sama ada anda mengalami JOP ini. Tanda-tanda anda mengalami JOP adalah seperti berikut;
  • sukar mengawal kencing. terutamanya apabila kencing keluar dengan sendirinya ketika batuk, ketawa berdekah-dekah, bersih dan keadaan di mana rahim menerima peningkatan tekanan yang kuat.
  • menjejaskan hubungan kelamin. kelonggaran faraj yang mengakibatkan sukar untuk mencengkam dan mengemut dalam proses hubungan seksual.
  • ketidak selesaan ketika berdiri lama atau banyak berjalan. Keadaan dimana rasa berat di pangkal rahim atau rahim sudah terkuluar didinding faraj.
  • sakit pinggang. Otot-otot rahim yang jatuh menarik urat-urat dibahagian pinggang untuk turun bersama ke bawah.
  • keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. 
Sekiranya anda mendapatkan rawatan doktor, kaedah rawatan untuk pemulihan JOP ini adalah dengan membuat pembedahan untuk tindakan terakhir setelah rawatan-rawatan alternatif lain telah diusahakan. Rawatan pencegahan adalah lebih diutamakan iaitu dengan mengamalkan senaman untuk menguatkan otot-otot pelvis, mengamalkan pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakan sembelit yang kronok, mendapatkan rehat yang secukupnya ketika waktu kerja, anda tidak dinasihatkan untuk berdiri terlalu lama sewaktu sedang bekerja, memakai girdle atau sut pelangsingan badan juga boleh membantu tapi ianya tidaklah perlu terlalu ketat.

So, kat rumah makcik tukang urut tu... akak nye peranakan tade la turun teruk sampai tahap peringkat akhir tu. Tapi takut gak la kan kalau tidak dicegah dari awal. Makcik tu dah sengkak akak punya peranakan. Akak berurut 3 hari berturut-turut. Makcik tu siap bagi jamu buat sendiri untuk akak telan sampai la akak sihat. Oh ye kat sana dia dikenali sebagai Ibu Jamu dikalangan orang-orang Padang Jawa. Oklah... kita try je la recover k.. Semoga Allah memberkati.

=) wish me luck!!





3 comments: