Monday, September 24, 2012

PILLOW PARTY

Uols...
28 September ni our unit meeting akan anjurkan PILLOW Party. Party akan bermula pada jam 8.00 malam. Jemput semua hadir ye... OPS... Party ni just untuk PEREMPUAN sahaja. Nanti kalau nak datang uols just sms saya 0122783003, then uols datang make-up cantik2, pakai baju pijama dengan room slipper then.... bawa bantal yang WANGI!! coz bantal busyuk is NOT ALLOW. Then bawa juga plain pillow case ;) Okay... Jangan lupa okay 28 SEPTEMBER 2o12 bertempat di MARY KAY MALAYSIA, Tkt 8, Jaya 33, Petaling Jaya

OH!!! Jangan lupa make-up cantik2 okay!! Coz nanti ada photographer yang akan shoot gambar kita semua... (",)

Thursday, September 6, 2012

Kelas Solekan Asas dan Penjagaan Kulit Wajah PERCUMA ~~ MARY KAY


Salam Syawal Maaf Zahir & Batin

Harap-harap masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan Salam Syawal untuk semua yang sudi membaca blog saya ni. Salam Syawal. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada tersinggung perbuatan, tersasul tutur kata sepanjang kita kenal mengenal dalam kehidupan ini.
 
Sepanjang Ramadhan saya tak sempat mengupdate blog. Sebulan berpuasa semuanya berlalu dengan pantas. Harapan segala amalan yang dititip sepanjang Ramadhan harap dapat diteruskan walaupun Ramadhan dah melabuhkan tirainya semoga diketemukan Ramadhan akan datang dan dapat berusaha meningkatkan amal dan keimanan.

Syawal tahun ni mengukir sejarah tersendiri dalam hidup saya. Menyambut dalam kesederhanaan tapi penuh kebahagiaan. Pertama kali dapat turut serta menunaikan solat sunat Aidilfitri, terasa sayunya Ramadhan itu berlalu. Semoga akan diberi peluang untuk turut serta pada tahun mendatang.
 
Alhamdulillah dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga terdekat sepanjang lebaran tahun ini. Mak & Ayah, Abang & Adik sekeluarga, Mak dan ayah mertua dan semua ipar duai, anak-anak sedara sekalian, Nenek, Pak Ngah & Mak Ngah.
 
Salam Syawal dari saya sekeluarga. Maaf Zahir & Batin