Friday, June 29, 2012

I Drive My Self Crazy.... (Part 1)

Ain! Ain! Ain!!! Oh Tuhan, kenapa semua nampak muka Ain je ni???? Tengok TV nampak muka Ain, buka peti sejuk, kotak air susu pon nampak muka Ain, masuk bilik air nak mandi pon nampak muka Ain juga. Sebab bath cream tu Ain yang belikan. Huhuhu parah-parah!

"Joe, kau nak tak pisang goreng ni??? Kalau nak, aku tinggalkan sikit. Aku lapar gila ni!"

Hmmm kalau ada Ain, mesti Ain yang habiskan. Ain suka pisang goreng. Kalau makan dengan sambal kical lagi masyuk!! Sedap gila!!!! Keluar air liur!!  Kejap... Ain lagi... Adoi! Apa kena dengan aku ni???

"Joe, dah 20 minit aku tengok kau tenung pisang goreng tu... sudah-sudah la ingat kat Ain... Dulu dia nak kat kau. Kau yang tolak! Come on lah!!! tak payah buat muka macam tu..." Is dah mula bebel dah. Kalau tak dihentikan mau esok pon aku dengar radio malaya ni.

"Aku bukan ingat kat dia lah!! Aku tengah fikir macam mana aku nak makan pisang. Habis lah diet aku.. Susah kot nak turun 2Kg!!" Alasan.... Iskandar ketawa terbahak-bahak....

"Lagi pon apa kelasss nak makan pisang goreng malam-malam ni. Oh tak la... Sekeping pisang goreng tu 170kcal tu. Kau dah makan 10 keping kan? 3 hari pon tak habis bakar. Dah la kau makan nasi lemak pagi tadi. Tengahari kau belasah Big Mac pulak!"

"Tak payah nak cover la weh... Kau bukannya turun berat sebab kau diet.. Kau kemaruk nak jumpa Ain tapi malu!" gelak Iskandar tak habis lagi.

"Mana ada!!" Masih tak nak ngaku lagi tu... 

"Is, jom ikut aku pergi mall petang esok. Yana suruh aku cari CD Nsync. Ntah apa yang best sangat tu tak tau la... tengok je la kat youtube. Sibuk suruh aku cari jugak. Free tak?" Joe tepuk bahu Iskandar yang tiba-tiba serius menghadap komputer ribanya.

"Okay." mata Iskandar masih merenung skrin komputer.

"Kau tau tak kat mana kedai CD tu?"

"Tak la... CD dalam kereta aku tu pon semua Ain yang bagi."

"Ain lagi... Ain jugak... Hahahha... Dah la pergi masuk tidur la wei... Jumpa Ain dalam mimpi..." Is baling pemadam getah yang ada di atas meja kerjanya ke muka Joe.

"Ah sial! sempat aku elak!! Ini Johari Kampung Serdang lah, takat pemadam bodoh kau tu takde mendanya... Peluru M16 pon aku pandai elak!!" Aku cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik tidur. Hmmm penatnya hari ni.. tutup lampu tidur lah.

15 minit
Mata sila tidur Okay!! mata lah mata sila la tidur...

30 minit
Badan letih. Jiwa? Lagi letih kot... Ain buat apa ek? nak call tak??? eh tak payah la... dia marah kat aku kot.

----------------------------------------------------

"Joe, Ain nak cakap sikit la"

"Eh, macam mana tender semalam? Dah okay dah? Sempat submit tak?"

"Okay je. Sempat la hantar tender.. Drive 140km/j kot. Gila laju nasib baik sempat.. Hehhe"

"Ah Seng quote murah tak GFRC tu???"

"Boleh tahan la... murah gak compare sub-con lain. Joe, Ain nak cakap sikit. Hmmm..."

"So ada tender baru ke??"

"Ada. Eh tak nak la cerita pasal kerja... Bosan! Ain nak cakap benda lain"

"Emmm.. Apa dia???"

"Ain... ain... ain..."

"Apanya??? Cakap je la tetiba gagap kenapa? Hahha nak kena ketuk kepala ke apa?"

"Ain nak buat confession..."

"Confession apa?? Nyesal baru beli handbag Coach lagi?? Hai perempuan..."

"Tak la... tak pernah pakai coach ok..."

"Abis tu apa??? Nak kawen?"

"Tak la... Joe, Ain nak buat confession. Ain rasa Ain dah ada sesorang dalam hati Ain..." Ain memberikan senyuman paling manis. Glup.... Adoi manisnya manisnya senyuman mu... hehhe  tapi, biar betul minah ni. Badan dah sama besar dengan peti ais. Ada hati nak bercinta. Ah sudah!!!

"Oh ye? Siapa jejaka malang tu?"

"Tak baik tau kata jejaka tu malang. Kalau Joe lelaki malang tu macam mana??" Muka Ain berubah kelat. Ala sensetif la pulak minah ni.

"Sorry. Tak payah la ambik serius sangat. Oklah, siapa lelaki bertuah tu?" dengan nada memujuk.

"Joe lah.. Ain rasa Joe ni soulmate Ain. Kita kan close. Kita ni dah rapat sangat mestilah timbul rasa sayang. Sehari tak jumpa Joe, macam tak lengkap lah hidup Ain. Rindu gila tak tahan... Malam mesti teringat-ingat. Hehhe... Joe je yang faham perasaan Ain... " Biar betul minah ni?? Terbeliak mata aku dengar ni. Nak terkeluar tahi telinga ni.

"Every single thing we share togather. Susah. Senang. Sedih. Gembira. Kita kan kawan dah lama...  Joe, kenapa buat muka macam tu? Dengar tak Ain cakap apa ni?" Gila ke apa aku nak couple dengan peti ais?

"Joe, diam je... Joe... Are you okay???" Ain yang tadi excited sangat bercakap macam dah sampai ke langit mula berpijak di bumi nyata.

"Ain, kan Ain dah tahu yang taste Joe macam mana... Ain pon dah tahu kan Joe dengan Yana..." Apsal tetiba aku declare Yana girlfriend aku ni? Laju signal kepala sampai ke mulut. Syncronize sungguh!!!

"Ain dah agak dah..." Muka Ain mula berubah semula. Nampak sangat sedihnya. Air mata dah mula berkaca-kaca... Alamak dah start nak bertakung!

"Ain..." Aku cuba nak tenteramkan Ain. Tanpa aku sedari tangan kiri aku dah memegang siku Ain. Ain cuba menepis.

"Ain tau. Joe suka perempuan yang comel, kurus, soft spoken bla bla bla.. huhuhu... Tapi Ain dah cuba berusaha untuk memenuhi kriteria yang Joe nak. Ain dah setahun kot tak makan. Ain korbankan selera makan Ain selama ni. Semua ni Ain buat untuk Joe.." Air mata Ain dah mula membasahi pipi..

"Ain... Ain..." Badan Ain terhenjut-henjut hiba. Mata aku pon dah mula basah kembang tapi masih ada control macho disitu. Aku cuma perasan dalam kabur... bayang tubuh Ain berlalu menjauh.



Monday, June 25, 2012

Calories Count

Terpanggil nak mengira calories count... Still mood on Diet Semangat... semangat...

1st of all kena kenal pasti berapa kalori yang diperlukan sehari... which bahasa omputehnya adalah Daily Calories Requirement (DCR) Jom calculate...

DCR ni kena calculate base on gender, age dan daily activity. So diffrent calculation untuk lelaki dan perempuan. Jadi sebelum dapat kira DCR, kena calculate BMR dulu... BMR tu apa??? BMR adalah Basal Metabolic Rate iaitu Kalori yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan... Hehhe termasukkan nak mengepam jantung or organ-organ dalaman yang lain. Jadi betul la kan. kalau tak cukup tenaga... dengan semput, letih, penat.... etc. Cara nak kira BMR adalah seperti berikut:

BMR Lelaki = 66 + (13.7 x weight in Kg) + (5 x High in cm) - (6.8 x age in years)

BMR Wanita = 655  + (9.6 x weight in Kg) + (1.8 x High in cm) - (4.7 x age in years)

Okay jom kira BMR dulu...
Dengan berat saya yang 90kg ni... (mak beratnya!! patutla roboh lantai keta adik) dan ketinggian 166cm dan berumur 32 tahun.

BMR Saya = 655 + (864) + (298.8) - (150.4)
=1667.4Kcal



Ok jom sambung kira-kira untuk DCR....
Atenya suka mengira dari kecik kan?? kan??? Untuk saya yang bekerja duduk terperap je di office...



  • Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)
  • Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)
  • Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)
  • Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)
  • Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)
  • (Info ambik dari http://cekodok.com/calorie-school/)

    DCR Saya  = BMR x 1.2 = 1667.4  1.2 = 2000.88Kcal

    Memandangkan saya kurang berkesempatan untuk bersenam, makanya demi memastikan misi penurunan berat badan berjalan lancar... saya perlu ambil kalori bawah daripada 2000.88KCal supaya existing lemak tepu saya dapat dibakar.

    Okay... now nak calculate today calories taken...
    Breakfast
    • Herbalife Shake (3F1 + 2 F3 = 129 KCal)
    Lunch
    • Fried Ikan Gembung (140 Kcal)
    • Tempe Goreng (92Kcal)
    • Mix Vege (50Kcal)
    • Teamix (12 Kcal)
    Tea Break
    • Kerepek Pisang (350 Kcal) - Huhuhu menyesal
    Dinner
    • Vegetable Soup (50Kcal)
    • Herbalife Shake + 250ml Honey Dew Milk Drink (3F1 + 2F3  = 129 + 130 = 259 KCal)

    Today calories intake adalah = 1082Kcal je??? okay letih ye... =(
    Okay spoilnya diet saya bila makan kerepek pisang. walaupon sikit je tapi effect diet saya.... esok saya akan make sure saya tak makan kerepek pisang =(
    Huhuhu....
    Sekian... Huhuhu...
    Info calori makanan malaysia boleh tengok kat sini

    Sunday, June 24, 2012

    WHY Factor...

    Selalu rasa nak berubah tapi tak pernah berubah. coz of why? coz i dont have the WHY factor yang buat saya nekad nak berubah. Teruknya saya....

    Saya teringin nak berubah kepada yang lebih baik.. dari segi hubungan, kesihatan dalaman dan luaran... saya nak sangat jadi seorang insan yang lebih baik, hati mulia, buat baik kepada semua orang..., positif, motivasi tinggi, cekal, gigih, rajin, mempunyai kesihatan yang baik, nak kurus, dan cantik... banyak sangatkan impian saya. Dah lama dah teringin tapi akhirnya saya macam tak buat apa2 pon untuk ke arah apa yang saya impikan.

    Saya happy dengan life saya tapi adakalanya Jiwa sentiasa resah. Tapi masih tak buat apa-apa pon untuk berubah. Teruknya saya....

    Sebelum ni saya jarang nak calling2 kawan-kawan lama. Jarang sangat nak ajak bertemu muka.. sebabnya masa masing2 dah kawen dulu, masing-masing bawa haluan masing2. dan kononnya tak nak kacau life kawan. "aku ada life aku kau ada life kau yang nak diuruskan". Hmmm tapi at the end, saya duduk dalam lingkungan zon saya sendiri... yang buat saya sentiasa enjoy je dalam hidup saya, tak rasa pon apa-apa kekurangan.... dan tak kisah pon hal orang lain. Bagus ke tak kisah orang lain???? Jom fikir bagus ke tak kisah hal orang lain....

    Dalam hal tak kisah tak kisah orang sekeliling tu, saya perasan, kalau saya ada masalah sentiasa je ada kawan yang tiba-tiba je call tanye khabar... Masa saya sakit sangat kat Beijing tu.. tiba-tiba Hani call ajak pergi berurut then dari situ saya dapat tau yang saya mengalami J.O.P , dan dari situ saya belajar banyak benda, apa yang saya patut dan tak patut buat sebagai seorang wanita. Kita orang perempuan ni tak boleh lasak, tak boleh angkat berat, main redah je sesuka hati,... dulu saya selalu fikir perempuan lembut sopan santun lemah gemalai ni perempuan mengada-ngada... tapi sekarang saya realised yang ada sebab kenapa perempuan kena banyak berpantang. Huhuhu sebab semua berkaitan dengan organ peranakan. Kalau sihat organ peranakan, semua sihat. Sebab kat situ la kunci kesihatan wanita. Jadi kalau saya yang tak sihat kat situ faham-fahamlah macam mana rasanya. Padahal saya dah surf internet kenapa benda ni jadi kat saya... apa tindakan yang patut saya buat, apa yang perlu saya amalkan dan apa yang perlu saya elak. Tapi seperti biasa saya tak ambik endah pon banyak perkara, segala pantang larang yang diberikan... Teruknya saya....


    Kemudian pulak wani call.. asalnya takat nak order barang Mary Kay...  Okay kemudian kami berjumpa dan kerap berhubung lagi... Dalam sebulan dua ni bila saya selalu berhubung dengan wani - my roommate masa ngaji kat UTM dulu...tiap kali bila balik dari berbual dan bertemu muka dengan wani, saya banyak berfikir... dan saya sangat sangat lah sedar yang saya ni sangat lah selesa duduk dalam zon saya yang sangat lah tak selesa ni....  Bagi saya wani sangatlah ambik berat dengan fizikal tubuh badan dan muka dia.. Muka jerawat banyak-bising... badan naik - bising... hhehhe wani siap benci kot dan rasa menyampah yang meluap2 tengok keadaan muka dan badan dia (sebab saya dengar dia ckp banyak kali - menyampahnya aku rin!!!). Orang baru lepas bersalin.. confirm-confirm hormon tak berapa betul lagi. Tapi saya tengok wani sangat lah merancang macam-macam supaya apa yang diidamkan menjadi kenyataan. Ye la orang dah menyampah tengok muka dan badan sendiri la katakan...

    ;) hehhe muka tade jerawat... body oklah masih ada cutting tapi dalaman tak tau yang sebenarnya dah jammed sana sini... Oh Tidak!!! - gambar from Lebai Google

    OK now saya mula fikir dan mula compare diri saya dan wani.  Muka saya ada gak jerawat, tapi saya tak kisah sangat sebab sikit dan saya ada set Mary Kay saya... (cite pasal Mary Kay karang tak abes cite pasal WHY factor saya ni) hehhe =) ok lepas dah bab jerawat. Bab tak selesa tubuh badan, berat naik, peha besar... Hmmm.... hehhhe okay tambah 1 size up pon dah kecoh... dah menyampah tengok badan sendiri... Saya ni.. dah tambah banyak saiz dah. peha memang besar dah... punggung lagi la besar.. kenapa saya tak kisah eh??? oh betapa tak kisah hal orang... saya rupanya tak kisah pon diri saya sendiri.. kalau tak kisah maksudnya tak sayang la kan?? betul tak??? huhuhu Teruknya saya....

    Padahal saya ni dah di tahap kritikal untuk berbuat sesuatu. Dgn kesihatan dalaman yang dah JAMME!! Body figure pon dah OUT!!... so saya perlu buat sesuatu.. tapi masih diam disitu...  then tiba-tiba Wani offer nak coach saya untuk kuruskan badan sama-sama dia... hmm ikut plan dia lah. so jd saya kena committed dengan plan yang dia rancang. Okay why not kan??? tp ni masih bukan why factor saya....

    Tadi saya jumpa Ain, kawan sekelas masa kat UTM... lama tak jumpa almost 12 years tak jumpa. Ain yang ajak jumpa coz wani cerita pasal saya yang sedang berusaha nak turunkan badan. Ok... now i got to be serious!!! Malu kalau tak jadi.... coz kawan2 saya yang tak berapa gemuk ni sibuk nak kuruskan badan saya!!!!

    Ain analyze badan saya!!! sangat sedih ok!! saya kena ambik serious kali ni... Hmmm
    • Weight = 89.6KG (BM1 32 - OBESE =0 =( (level 1))
    • Total Body Fat = 44.5% (banyaknye lemak-lemak keliling badan!!! which normal % for female should be below 30%)
    • Total Body Water =  40.6% (tak cukup air untuk membakar lemak2 badan dan generate metabolisma!! normal sepatutnya 50-55% untuk female)
    • Muscle Mass = 46.6% with physical rating = 3 (standard rating adalah 5; body type saya adalah solid built; yang menurut ain kelebihannya saya akan nampak kurus tapi berat mungkin sangat perlahan untuk berubah) 
    • Basal Metabolic Rate (BMR) = 1598Kcal with metabolic age = 57 yrs... (Okay body age saya 57 tahun... which macam orang tua yang tak larat dah nak nnaik tangga. sakit lutut sana sini... yang dah monopose pulak!!! Oh TIDAKK!!!! oh NO!!! OMG!!! - metabolic age should be same age or younger... nak awet muda should work for it... Ain cakap kalau umur macam kami ni boleh muda sampai 22 tahun... )
    • Bone Mass = 3.2Kg (yang ni je reading baik dan terbaik untuk saya gembira... coz untuk berat 75KG ke atas berat tulang yang sihat adalah 2.95KG ke atas - Yeay!!! Tulang saya sihat dan kuat)
    • Visceral Fat = 10 - visceral fat ni adalah fat yang dalam organ badan kita!!! reading 10 adalah sangat tak elok... dan saya perlu berhati-hati coz sangat2 mudah diserang penyakit huhuhu... Okay!!! SAYA TERUK!!!!
    Okay lepas analyzed badan saya, saya sembang2 dengan ain pasal saya yang tak pernah ambik kisah dalam hal ehwal diri saya... huhuhu agak tragic jugak coz saya rasa macam nak nangis... sedih sangat coz tak pernah nak ambil berat hal sendiri... then Ain cakap... "Kau tak ada Why Factor tu Erin... which kau tak terfikir nak berubah... Kau kena ada Why factor tu..."

    Ok now setelah apa yang saya lalui... saya dah ada WHY factor tu...
    WHY??? Coz saya tak sihat.. sangat2 tak sihat... macam orang tua yang dah monopouse dan now
    Saya nak sihat... nak FREE from OBESITI... kalau saya tak mula sekarang... saya tak tahu apa akan jadi pada saya pada masa akan datang... akan datang tu mungkin ianya hari ESOK!! ngeri... adoi.. Teruknya saya.... dan saya nak sangat pakai PB saya balik!!! (Get ur Premium Beautiful by Nina here)

    P/S: Kalau korang nak buat body analisis macam saya... korang boleh call Ain Personal Wellness Coach at  0127033774