Thursday, February 23, 2012

ETS ~ Cerita Lapuk

Ni cerita entry yang patutnya dipostkan pada suku ke-3 tahun lepas. Walaupun dah agak basi, tapi rasanya ada je orang nak bacakan?? Hehhe...

Masa tu akak dapat notis meeting SK Convent Ipoh. Encik Somi ada kat Ipoh pula masa tu outstation, jadi memang malas sangat nak drive ke Ipoh sebab dia plan nak balik ke rumah pada petang hari yang sama meeting tu berlangsung. Setelah berbincang dari hati ke hati hehhe jadi akak pon plan la nak try naik ETS. Yang masa tu digempar gemburkan best gila oleh orang-orang Ipoh (penduduk Ipoh yang selalu datang mesyuarat la kan... sape lagi kalau bukan the Megats). Bila lagi kan nak cuba ETS ni kalau bukan ini peluangnya kan??? Jadi cadangnya pergi meeting ke Ipoh naik ETS, balik semula ke KL bersama Encik Somi. Akak pon contact la Pakcik Google pasal ETS ni. Jadi akak pon surf la net http://www.ets-train.com.my kat sini memang ada banyak info pasal ETS ni. 

Memandangkan meeting akak pukul 11.00 pagi, akak kena ambik train paling awal iaitu jam 8.00 pagi. Akak pon fikir sape nak hantar akak pergi KL Sentral itu. Tiket kena beli dekat kaunter ETS sahaja. Kaunter ETS hanya ada di stesen keretapi Ipoh, Kampar, Batu Gajah, Tapah Road, Slim River, Sungkai, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bahru, Rawang, Sungai Buloh, Old KL Railway Station, KL Sentral, Kajang dan Seremban. Maka akak mengarahkan Cik Nina supaya hantar akak pepagi buta ke KL Sentral untuk merealisasikan plan akak ni. Nasib baik Cik Nina murah hati nak ikut arahan paksa rela akak ni maka kami pon berjanji nak keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi supaya akak sempat beli tiket dan naik ETS ni.

Oh ya, ETS terbahagi kepada 3 jenis iaitu ETS Premium, ETS Gold dan ETS Silver. Apa beza Premium, Gold dan Silver ni ye? Okay bezanya adalah berapa kali train berhenti. Bila banyak berhenti makanya lambat la sampai ke destinasi kan. Bila lambat sampainya maka murahlah tambangnya...

Train yang gerak pukul 8.00 pagi adalah ETS Premium. ETS Premium ni adalah train direct daripada KL ke Ipoh non-stop. Harga tiket untuk ETS Premium ni adalah RM45.00 sorang.   Naik train dari KL Sentral tepat pukul 8.00 pagi kemudian dia akan berhenti ambik penumpang dekat Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Old Railway Station) tepat pukul 8.03 pagi  dan kemudian terus je beralun-alun ke Ipoh dalam tempoh masa 1 jam 58 minit. Maksudnya pukul 9.58 pagi memang dah sampai dah kat Stesen Keretapi Ipoh. Canggihkan... 



Kita tak boleh suka-suka tau selamba badak masuk coach mana kita suka. Kena ikut apa yang tulis dalam tiket. Dalam coach ada macam pramugari hehhe tapi bukan flight attendance tapi mereka-mereka adalah train attendance. Dorang yang check ticket kita, tunjuk mana seat kita kemudian bagi makanan untuk kita. Akak dapat makan tau dalam coach. Kira syukur sangat sangat masih sempat kenyang walaupun tak sempat breakfast sebab nak kejar train.

Minuman boleh pilih nak Coffee ke Tea, Makanan  boleh pilih sama ada nak sandwich ke atau  bun. Akak pilih coffee and sandwich. Sedap jugak la untuk perut yang lapar ni =)
TV dari pandangan tempat duduk akak =) Dengan perjalan 1 jam 58 Minit memang ngam-ngam dapat tengok 1 movie!!

Boleh breakfast sambil sambil tengok movie. Coach ETS ni memang berbeza dengan coach komuter. Sangat selesa dan ada cafe. Tak silap akak tiket ETS Premium sahaja yang beserta snek. ETS Gold dan Silver penumpang boleh beli di Cafe yang terdapat di dalam coach. 

ETS bergerak dalam kelajuan lebih kurang 135km/j. Memang laju la kan. Jadi jangan hairan tepat jam 9.58 pagi akak memang dah sampai di Stesen Keretapi Ipoh. Sampai je sana, buka je pintu coach semua penumpang meluru keluar. Memang kagum gila sekejap sebab first time sampai Ipoh dengan train kemudian memang sampai tepat pada masa yang dinyatakan di dalam tiket. 

Okay dah cerita pasal travel guna ETS, mari kita sembang pasal cost pula. Akak kan QS. QS kan kena buat cost comparison... Memang tak sah kalau tak buat cost comparison ni kan? Jadi jom kita kira:

Naik Kereta Sendiri (return journey dari rumah ke destinasi SK Convent Ipoh):
Drive dari rumah terus ke Ipoh (mileage yang selalu claim ke office). Ikut Guthrie Expressway masuk entrance Paya Jaras ke Rawang tol: RM1.40. Masuk Plus Highway menuju ke Utara dan keluar exit Simpang Pulai, bayar tol: RM22.00. Mileage claim dari rumah ke SK Convent Ipoh RM0.60/km x 190km = RM114.00. Jadi total cost adalah sebanyak RM137.40/kereta (1 way) return = RM274.80.

Naik ETS (return journey dari rumah ke destinasi SK Convent Ipoh):
Drive dari rumah ke KL Sentral mileage claim = RM19.80. Tol Sg. Buloh - Jalan Duta = RM1.90, Tiket ETS Premium (KL Sentral ~ Ipoh) = RM45.00, Tambang teksi dari Stesen Keretapi Ipoh ke SK Convent = RM7.00, Tambang teksi dari SK Convent ke Stesen Keretapi Ipoh = RM7.00, Tiket ETS Gold dari Ipoh ke KL Sentral = RM22.00, Parking Fee untuk park kereta dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 5.30 petang = RM 4.00 x 10 jam = RM40.00, Tol Jalan Duta-Sg. Buloh = RM1.90 dan mileage dari KL Sentral ke rumah = RM19.80. Jadi total cost adalah sebanyak... RM164.40

Pendapat akak, kalau travel sorang memang berbaloi-baloi lah nak naik ETS. Tak penat, dalam train pon boleh saja tidur tiduran. Kalau tak nak tengok movie, boleh baca mag or novel. Tapi kalau saja-saja nak bawah anak-anak sedara sepapat travel naik ETS ni macam tak berbaloi-baloi je gayanya... 

Apa-apa pon pilihan di tangan anda ye... 

Sekian

Wednesday, February 22, 2012

February ~ March Promotion =)

Bulan February - March 2012 ni Mary Kay ada promotion yang best tau!!! Rugi tak beli...

Yang 1st ni untuk Time Wise Skin Care:
Beli TW Night Restore & Recover Complex dan Night Solution dengan harga RM340.00 anda semua dapat FREE 1 TW 3 in 1 Cleanser worth RM105.00 memang best giler yang ni
Ok cite sket pasal TW Night Restore & Recover Complex ni. Kegunaan khusus pada waktu malam untuk mengaktifkan keupayaan kulit bagi menentang penuaan dengan pelbagai manfaat tambahan iaitu mencetuskan penghasilan kologen semulajadi anda yang baru, membantu kulit pulih daripada kerosakan harian, mensasarkan matriks kulit dan mengembalikan keutuhan pelindung kulit. 


Yang 2nd ni untuk make-up2!!! 
Yang ni pula untuk lentik-lentikkan bulu mata. Wah bestnya... Beli Lash Primer  (RM75.00) dan Love Lash Mascara (RM75.00) anda semua dapat Mary Kay Make-up Remover worth RM60.00 for FREE!!!
Kalau korang memang suka pakai colour kat mata tu tak kira la pakai eye shadow ke, mascara, eye brow colour, eyeliner etc... MK Make-up remover ni memang patut ada la. Sangat senang nak cuci mata tu. Dengan guna facial tissue, lap kelopak mata anda ke bawah dengan satu arah saja. Ulang banyak kali.. kemudian bukak mata... lap pulak garis bawah mata daripada arah luar mata ke arah dalam. dan TADA!!!! dah hilang dah semua kaler-kaler kat mata korang tu. Tak de dah tdo dengan mata lebam-lebam... Then terbalik kan facial tissue boleh lap ke semua bahagian muka.... sangat senang dan mudah. Nak try??? Boleh call untuk try barang... =) jom jom try!!!

J.O.P

Akhir-akhir akak dok sakit pinggang sangat-sangat. Then lemah-lemah badan. Akak dah cakap dah dengan Encik Somi yang akak nak cari tukang urut. Cuma belum terkeluar dari mulut lagi kawan akak cik Honey dah siap-siap call tanye akak nak tak pegi berurut. Dia nak tolong tunjukkan rumah makcik tukang urut kat Padang Jawa tu, jadi apa lagi akak pon ON je lah. 

Ok sampai sana, makcik tukang urut tu pon cakap la akak ni sakit pinggang sebab akak J.O.P... lasak sangat bekerja dan suka sangat angkat barang berat berat,  hehhehe pernah tak korang dengar pasal J.O.P? ok jom kita cite citun pasal J.O.P ni.

J.O.P. adalah singkatan kepada Jatuh Organ Peranakan. Mengikut statistik perubatan JOP adalah perkara biasa yang terjadi kepada separuh daripada bilangan wanita di dunia dan lazimnya akan dialami oleh wanita yang pernah melahirkan anak. Walaupun ramai wanita menghidap JOP, lazimnya ramai yang tidak mendapatkan rawatan perubatan memandangkan keadaan JOP ini tidak mengganggu kehidupan seharian, tidak mengancam nyawa dan ianya hanya mengundang ketidak selesaan dan gangguan emosi sahaja.

JOP juga dikenali sebagai prolaps keadaan di mana rahim seakan melorot kebawah melalui saluran faraj. JOP atau prolaps ini merangkumi beberapa peringkat. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Peringkat awal: hanya jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan biasa. Kebanyakan wanita tidak menyedarinya kecuali membuat pemeriksaan doktor atas tujuan lain contohnya Pap Smear.
  2. Peringkat kedua: kedudukan rahim jatuh melorot sehingga boleh dilihat dipintu faraj. 
  3. Peringkat akhir: rahim keluar dipintu faraj dan ia lebih dikenali sebangan tombong
Sumber; Pakcik Google: Malu nak tunjuk tapi kalau tak ambik tau memang tak tahu!!!
Ni dah Peringkat Akhir serious kritikal rahim sampai keluar dari  Faraj... Ngerikan isk isk isk takutnye... Yang macam ni la yang org gelar Tombong... :'(
JOP boleh berlaku apabila otot dan ligamen pelvis menjadi lemah akibat daripada kehamilan dan bersalin, usia dan monopos, obesiti dan ketumbuhan seperti fibroid yang besar, sembelit dan sukar membuang air besar serta batuk yang berpanjangan. Faktor-faktor berikut juga menyumbang kepada terjadinya JOP iaitu mengangkat bebanan berat yang berlebihan, keturunan; dimana ibu atau nenek wanita tersebut juga mengalami masalah JOP, menjalani pembedahan pelvis dan pembetulan pundi kencing, kelahiran yang mengambil masa meneran yang lama atau kelahiran normal yang menggunakan bantuan forsep atau vacum di mana ia berupaya merosakkan ligamen dan otot disekeliling faraj. Pendek kata apa sahaja aktiviti yang boleh memberi tekanan kepada rahim boleh menyebabkan JOP ini.

Bagaimana anda tahu sama ada anda mengalami JOP ini. Tanda-tanda anda mengalami JOP adalah seperti berikut;
  • sukar mengawal kencing. terutamanya apabila kencing keluar dengan sendirinya ketika batuk, ketawa berdekah-dekah, bersih dan keadaan di mana rahim menerima peningkatan tekanan yang kuat.
  • menjejaskan hubungan kelamin. kelonggaran faraj yang mengakibatkan sukar untuk mencengkam dan mengemut dalam proses hubungan seksual.
  • ketidak selesaan ketika berdiri lama atau banyak berjalan. Keadaan dimana rasa berat di pangkal rahim atau rahim sudah terkuluar didinding faraj.
  • sakit pinggang. Otot-otot rahim yang jatuh menarik urat-urat dibahagian pinggang untuk turun bersama ke bawah.
  • keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. 
Sekiranya anda mendapatkan rawatan doktor, kaedah rawatan untuk pemulihan JOP ini adalah dengan membuat pembedahan untuk tindakan terakhir setelah rawatan-rawatan alternatif lain telah diusahakan. Rawatan pencegahan adalah lebih diutamakan iaitu dengan mengamalkan senaman untuk menguatkan otot-otot pelvis, mengamalkan pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakan sembelit yang kronok, mendapatkan rehat yang secukupnya ketika waktu kerja, anda tidak dinasihatkan untuk berdiri terlalu lama sewaktu sedang bekerja, memakai girdle atau sut pelangsingan badan juga boleh membantu tapi ianya tidaklah perlu terlalu ketat.

So, kat rumah makcik tukang urut tu... akak nye peranakan tade la turun teruk sampai tahap peringkat akhir tu. Tapi takut gak la kan kalau tidak dicegah dari awal. Makcik tu dah sengkak akak punya peranakan. Akak berurut 3 hari berturut-turut. Makcik tu siap bagi jamu buat sendiri untuk akak telan sampai la akak sihat. Oh ye kat sana dia dikenali sebagai Ibu Jamu dikalangan orang-orang Padang Jawa. Oklah... kita try je la recover k.. Semoga Allah memberkati.

=) wish me luck!!





Monday, February 13, 2012

Setahun Blog Bersawang

Syoh syoh, banyaknye sawang!!!

Memang tak sangka dah lama gila tak update blog. Siap dah genap setahun kot.. isk isk isk.. Tahun 2011 meninggalkan pelbagai rasa dalam sanubari. Manis, pahit, masam, busuk... hehhe...

Malas nak ingat dah! Lagi diingat lagi pening kepala dibuatnya. Benda pon dah lepas. kan dah buka buku baru...  jadi semoga langkah di tahun 2012 ni lebih berjaya!! Yeah kena motivate diri sendiri ni... Chiok chiok!!