Saturday, October 30, 2010

Hate + Love

Since my D dah start mengOS je skarang ni... so i have enought time to back to my hobby- novel reading. Dulu saya suka baca novel yang berat-berat, novel kreatif, yang ceritanya pasal life style, politik, social ekonomi. Macam cerita Lasykar Pelangi, Imam etc.  Tapi semenjak kerja saya pon dah kena fikir yang berat2, saya tak rasa saya enjoy nak baca buku-buku macam tu. Saya jadi makin tension tahap dewa Langit ke LAPAN. jadi saya perlu beralih ke buku-buku yang light and easy....

Korang penah dengar Hlovate? So far this year saya dah baca 3 novel yg ditulis oleh Hlovate (bukan this year la.. actually for this 5 months) iaitu Versus, Tunas dan Aa+Bb... Best, gaya bahasa santai, cerita catchy... and all of them pasal Hate + Love.. = Hlovate!!

Dari sudut pandangan saya selepas membaca la:



VERSUS punya ceta pasal macam mana nak jadi baik. Nak transform daripada budak backstreet to pure Islamic life. Memang susah... Bukan saja nak jadi baik.. tapi terbaik. Kita rasa kita da cukup baik. Tapi sebenarnya berapa percent je la perkara yang kita buat sekarang ni yang boleh dikatakan "Baik".. Dalam cite ni pasal wasiat dan cinta.. orang sanggup berubah. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. Tapi perubahan tu bukan kerana wasiat & cinta tapi berlandaskan kerana Allah... means that back to basic. Kalau kita nak berubah. Berubah untuk tuhan, untuk diri kita sendiri, ikhlas. jadi perubahan yang kita buat tu kekal... Memang insaf gila. Hati kena tegar, banyak dugaan yang perlu kita tempoh.. Hmm bila habis baca terus bercite2 nak jadi baik... InsyaAllah... AKAN Berusaha menjadi lebih baik dari sehari ke hari... 



[TUNAS] brings back memories to zaman high school. Hmmm... pasal cite budak2 masa kat Kolej, macam2 tricks, ada je benda nak buat, kena kan orang, payback!! Kena tangkap dengan cikgu disiplin, pecah bilik HEM... Hahhha... mmg ingat balik zaman sekolah macam mana... Nakal tak hengat dunia.. tapi di balik kenakalan tu.. boleh je kan pegang jawatan besar dalam sekolah.. MPP + Prefects... Aiseh... Memories oh memories... I miss that moments!!!



Aa+Bb, perkahwinan yang diatur keluarga antara seorang Doctor dan seorang Engineer... tak semudah fomula mathematic Aa+Bb= Aman Bahagia!! (",) Kool!! Hehhe.. kalau korang baca tunas, korang faham kenapa dalam cite Aa+Bb ni macam susah sangat sang isteri nak terima si hubby. Masing2 ego, jadi sape yang rugi??? mereka jugak la...

Saya bukan seorang pengulas buku yang baik. Juga bukan seorang pengkritik yang baik... Jadi kesimpulan nya buku ni... erm best gile. Relax!! Boleh baca banyak kali pon tak boring...

Ada 3 lagi tulisan Hlovate yang saya tak baca lagi. Tapi relax jap sebab Hlovate punya gaya bahasa sama je dalam setiap novel-novel dia. Jadi saya nak buang dulu cite-cite catchy Hlovate dalam kepala saya, so skarang saya beralih ke penulis novel lain dulu....


:P Sekarang saya tengah baca Jaja & Din... Jaja & Din ni... ditulis oleh Noor Suraya, pasal Jaja seorang budak perempuan yang action n tak percaya pada cinta and couple2 ni tetiba jatuh hati dengan seseorang yang hanya dilihat di dalam sekeping gambar yang diambil oleh kawannya semasa berhenti kat trafic light sebab lampu merah masa on the way back to hometown.. Jaja mencari "Dia" yang digelar Uztaz M (Since mamat tu pakai kopiah dan tengah baca surah yassin di tepi kubur dan M stand for Misteri) didalam gambar tersebut sampai dapat dan minta mak ayah nya pinangkan ustaz M  tu untuknya... :P Best2...



Monday, October 25, 2010

Rezeki Cendol

Pernah tak terjadi kat korang bila masa korang nak makan semua jadi serba tak kene. Contoh bila nak makan, pinggan yang isi makanan tu terlepas ke lantai.. atau makanan yang dah disudu, tinggal nak masuk ke mulut tiba-tiba terjatuh terkena baju terus tergolek ke pasir sampai dah rupa onde2 salut pasir (in case makan kat luar la kan). Apa korang rasa masa tu? mesti frust kan... tambah kalau itu je makanan yang kita ada masa tu. Apa yang korang akan fikir bila jadi macam tu.

Seingat saya, benda-benda macam ni dah banyak kali berlaku kepada saya. Saya ingat lagi pada satu ketika di bulan Ramadhan, saya singgah PARAM beli dua bungkus bihun sup untuk berbuka dan dua kebab ayam untuk bersahur untuk saya dan Mr.Somi. Bila sampai di rumah, saya terus bawa makanan yang saya beli ke dapur. Saya letakkan makanan tersebut di atas para konkrit. Tiba tiba bungkusan kebab saya tergolek, saya cuba menyambut, saya hanya sempat sambut sebungkus sahaja, lagi sebungkus terus terjatuh ke dalam periuk yang penuh dengan air rendaman. Saya terkejut Astaghfirullah Al Azim.. hati mula berdebar. Sedih pon ada.. Dalam kepala saya mula berfikir. Nasib baik ada Bihun Sup, tak apa ada lagi rezeki aku.... Kalau tak cukup, nanti malam boleh keluar balik cari makanan lain.

Kemudian, bila azan maghrib hampir berkumandang, saya ke dapur semula. Saya mengeluarkan mangkuk ingin mengisi sup untuk bihun sup saya. Entah kenapa tiba-tiba bungkusan sup saya terlepas dari tangan, pecah masa menyembah lantai dapur. Sekali lagi??? Aduh hanya Allah saja yang tahu bertapa sedihnya hati saya masa tu. Masa ni saya mula berfikir. Bukan rezeki saya nak makan kebab dan bihun hari tu. Benda dah ada depan mata, tapi masih tak sampai ke tekak. Akhirnya saya hanya berbuka dengan air saja hari tu.

Bila dah mula rasa sedih dan hiba, saya mula berfikir. Adakah saya tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kepada saya??? Adakah saya tidak mempergunakan wang yang saya ada dengan cara yang betul??? Rasa memang betul-betul sedih... Saya ada membaca Manusia seringkali berkeluh kesah atas rezeki yang ia terima. Bila besarnya keinginan tidak sama dengan yang ia terima, sulit baginya untuk berucap syukur. Memang terfikir bahwa pintu rezeki Allah itu ada di mana-mana, Tapi kadang kadang kita lupa, Rezeki tu yang tuhan bagi bukan untuk kita sorang, tapi untuk dipanjangkan.. mungkin kepada kucing, kepada semut, kepada tikus.. Wallahualam.

Ok semalam, atas permintaan Sang Somi yang teringin nak makan cendol, saya pon mengusahakan lah cendol saya. Sang Somi sanggup walaupun tengah-tengah panas terik matahari semata-mata dapat makan cendol yang dipinta. Jadi saya suruhlah dia beli cendol, santan dan gula melaka. Dia balik dengan extra satu item selain yang saya suruh beli. Dia beli pulut. Konon nak makan cendol pulut.  Mr. Somi excited. jadi dia sendiri nak tolong rendamkan pulut. Masa nak merendam tu tiba-tiba bungkusan pulut tu terlepas dari tangan, jatuh ke lantai, isk terkejut sangat. Ya Allah, hati da separuh sedih dah. Ye la benda sikit kan...Dah terburai kat lantai dapur pula. Saya kata dengan Mr.Somi, tak apalah mana yang ada je lah. Mr. Somi beli 300gm pulut. ialah nak makan pon berdua je. Apatah lagi takat jadi accessories cendol je kot.

Lepas rendam 2-3 jam, saya pon kukuslah pulut saya. Sementara pulut dalam kukusan, saya sediakan pula gula melaka. Saya potong halus-halus atas papan pemotong, panaskan kuali.. Masa nak masukkan gula kedalam kuali, saya terlanggar papan pemotong, cepat-cepat tangan saya menyambut papan pemotong tu. Macam mana pon dah berterabur kat lantai dapur gula melaka saya barang segenggam. Aiseh apa nak jadi ni... saya da nak sedih dah.. tapi pujuk hati sendiri.. sikit je takpe la... masih ada lagi, mungkin ini ujian Allah kepada kami hari tu.. Mungkin lupa lagi nak memanjatkan syukur.. teringat bihun dan kebab saya aritu.. Huhuhu... 


Inilah rupa cendol saya!!!

Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga makan Pulut Cendol yang kami buat. Rezeki cendol masih ada untuk kami. Dapat juga la melepas kempunan makan cendol pulut. Malam harinya, saya ke rumah mak, bungkus kan juga pulut cendol yang kami buat untuk mereka. Alhamdulillah dapat juga mereka merasa.
Cendol (1 cawan tepung beras + 3 cawan air pandan + air kapur 1 sudu kecil + garam)


Gula Melaka (Potong halus2, masukkan dalam kuali campurkan 1 cawan air)


Pulut (Rendam 2 jam, kukus)


Santan Bubuh Garam bagi rasa lemak
     
Rezeki Allah ada dimana-mana. Seberapa banyak kedua tangan bisa meraihnya, tergantung kepada diri anda sendiri. Tapi kita masih kene ingat, setiap rezeki yang ada perlu bersyukur ke pada Nya. Kalau tak bersyukur.. Sendiri mau ingatlah!!!

Friday, October 22, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Makan-Makan

Dalam masa dua minggu ni, dah dua kali kami menjemput tetamu ke rumah, untuk aktiviti makan-makan iaitu pada 4hb October 2010 atau 25 Ramadhan 1431 semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri dan 11hb October 2010 (semalam) program kekeluargaan.

4hb lepas jemputan makan-makan untuk kawan-kawan sepejabat dan sahabat terdekat .Spesifikasi “dekat” disini adalah “dekat” dengan rumah atau dekat dengan hati. Paling dekat dengan rumah adalah Marwati. Marwati adalah kawan baik saya semenjak darjah satu. Kami sekelas sampai ke tingkatan 3. Manakala sahabat yang  jatuh dalam category dekat dengan hati adalah Salwani. Kawan sebilik masa belajar di UTM Skudai.

Mr.Somi kata, tema raya mesti ada nasi impit, kuah lodeh dan soto. Ok!! I follow u lah abang… So Menu hidangan saya adalah Air Anggur, Ayam Bakar, Nasi minyak, Nasi Impit, Kuah Lodeh, Soto Ayam with pergedel, Kek Gulung, dan Buah-buahan. Manakala Popia Goreng ditaja oleh Marwati dan Lengkong Merah ditaja oleh Noraznina Erpan.

Sambutan tetamu kepada AYAM BAKAR kami sangat-sangat menggalakan. Kami bakar 3 ekor saja. Saya orang terakhir yang menjamah makanan. Nasib saya baik sikit bila masih lagi dapat dan sempat merasa ayam bakar saya barang seketul saja.. Soto saya pon sangat laku. Sampai kesedutan terakhirlah orang kata. Sayang seribu kali sayang, kuah lodeh saya tak berapa memberangsangkan sambutannya. Kata mereka sedap tu sedap tapi tak nak makan lemak-lemak. Ok!! Saya lupa semua orang nak berdiet ye apatah lagi di akhir minggu syawal. Hahha.. Apa-apa pon saya sangat seronok bila semua orang happy dengan hasil tangan saya. Alhamdulillah.

Memandangkan Abang saya dan isterinya pulang ke Malaysia untuk meraikan perkahwinan kakak iparnya pada 10 October 2010 yang lepas, semasa kenduri perkahwinan hampir sampai ke penghujungnya, mr.Somi sempat mempelawa abang saya sekeluarga datang ke rumah untuk program makan-makan dalam tema kemesra-mesraan kekeluargaan semalam. Majlis ramah mesra ini dihadiri oleh 4 pasangan iaitu, mak dan ayah saya, abang dan kakak ipar, makcik Jamilah dan pakcik Tumian (my SIL’s parents) dan Kak Rapeah & Mr. Kamal (si pengantin baru).

Menu saya kali ini… masih AYAM BAKAR. Mr.Somi kata Killer Product! Oh OK… yang pasti saya hanya memerap ayam, mr.SOmi yang bertungkus lumus membakar ayam sambil sebelah tangan lagi bergayut di telepon. Hmmm….

Menu kali ini lebih ringkas dan lebih kepada Western gaya MALAYSIA. Hidangan saya adalah. AYAM BAKAR, Coselow, Potato Salad, Nasi Udang, dan Buah Oren, Lengkong AZNINA ERPAN dan Sagoo Gula Melaka sebagai pencuci mulot dan manisan.  
Sekali lagi Alhamdulillah, semua makanan saya habis… mereka makan bertambah-tambah. Alhamdulillah. Mereka kata AYAM BAKAR saya best..

Memandangkan tetamu saya sepanjang dua minggu ini asyik sibuk meminta resepi AYAM BAKAR saya, disini saya tempekkan resepi AYAM BAKAR tersebut. Kepada yang dah rasa… Thanks sudi makan makanan saya. Kepada yang belum sila lah masak sendiri. 

AYAM BAKAR (SUKATAN IKUT SELERA SENDIRI)-Untuk 10 orang makan

  • Daging Ayam 2 Ekor
  • Halia 2 Buku yang besar (Bahan PALING WAJIB ada!, untuk lembutkan ayam + bagi bahan perapan masuk ke dalam daging. Lagi banyak halia, lagi naik rasa)
  • Mayonise lebih kurang separuh balang atau 5 sudu makan. 
  • Sos Cili sebotol
  • Kicap Manis Cair  lebih kurang secawan. Kalau kurang boleh tambah 
  • Sos Tiram  dalam 2-3 sudu je takut nanti over masin
  • Serbuk Cili 2 peket kecik.(Kalau nak pedas letak banyak-banyak, pasti terangkat punya)


Cara-cara

  1. Gaul semua bahan perap, kacau rata hingga sebati
  2. Masukkan Ayam. 
  3. Perap semalaman atau paling kurang, 2 jam.
  4. Bakar Ayam atas api
  5. Baki bahan perap, curah atas kuali panas, masak hingga menggelegak untuk dijadikan gravy.

Friday, October 8, 2010

Selamat Tinggal Syawal 1431 Hijriah


Masih belum terlewat rasanya untuk saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana dilimpahi dengan kekuatan untuk menempuhi dugaan Nya di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Alhamdulillah! Syukur Ya Allah..

Hari ini hari terakhir Syawal 1431 Hijriah. Jemputan ke majlis makan-makan ramah mesra Aidilfitri masih lagi menggalak. Malah dipejabat saya hari ini diadakan Jamuan Hari Raya. Apa-apa pon harap-harap jangan overdose makan sudah.. =) Saya tak larat dah nak membawa badan saya ni yang tak makan pon masih mengembang... mengembang... dan terus mengembang....

Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi... Semoga Allah pertemukan saya Ramadhan dan Syawal 1432 Hijriah akan datang.. Insya Allah... Akhir kata..."Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga".